Satu Lawan Satu Di DUN Chempaka Antara Nik Aziz & Calon Muka Baru

Diterbitkan: Sabtu, 20 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PENGKALAN CHEPA: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan ditentang oleh calon muka baru Barisan Nasional (BN), Wan Razman Wan Abd Razak yang akan menyaksikan pertarungan satu lawan satu bagi merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.05 Chempaka.

Nik Aziz mempertahankan kerusi DUN Chempaka yang disandangnya selama lima penggal pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Beliau yang dikenali sebagai 'Tok Guru' menewaskan Nik Mohd Zain Omar dari BN dengan majoriti 4,249 undi pada pilihan raya umum 2008.

Nik aziz, 82, menyerahkan kertas pencalonannya pada pukul 9.01 pagi di pusat penamaan calon di Dewan SMK Pengkalan Chepa 1 di sini, manakala Wan Razman, 49, pada pukul 9.10 pagi.

Penyertaan Wan Razman merupakan percubaan BN untuk memecahkan kubu kuat PAS yang memerintah Kelantan selama 23 tahun.

Hari penamaan calon di Parlimen Pengkalan Chepa pada Sabtu turut menyaksikan persaingan satu lawan satu antara PAS dan BN, masing-masing bagi kerusi Parlimen itu dan DUN Panchor serta DUN Kijang.

Bagi Parlimen Pengkalan Chepa, antara Ketua Penerangan Umno Kelantan, Datuk Dali Husin (BN) dan Dr Ezani Hussin; DUN Kijang Wan Ubaidah (PAS) dan calon muka baru, Zaluzi Sulaiman (BN); DUN Panchor Datuk Mohd Amar Nik Abdullah (PAS) dan Timbalan Ketua Bahagian Umno Pengkalan Chepa, Che Rosli Hassan (BN). Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Tuan Mat Tuan Soh mengesahkan pencalonan kesemua mereka pada pukul 11.25 pagi.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan