Saingan Tiga Penjuru di Parlimen Labuan

Diterbitkan: Sabtu, 20 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LABUAN: Pertandingan merebut kerusi Parlimen Labuan menyaksikan pertembungan tiga penjuru dengan calon Barisan Nasional (BN) dicabar calon PKR dan PAS.

Tiada calon bebas mengemukakan kertas pencalonan walaupun sebelum ini heboh mengenai dua calon bebas akan bertanding.

Calon muka baharu BN, Rosman Isli yang diiringi hampir 1,000 penyokong tiba di pusat penamaan calon di Kolej Matrikulasi Labuan pada 9.09 pagi dan kemudiannya menyerahkan kertas pencalonannya.

Rosman diiringi pemangku ketua Umno Labuan Datuk Yunus Kurus, yang bertindak sebagai pencadang dan naib ketua bahagiannya Datuk Bashir Alias sebagai penyokong.

Calon PKR Tan Sri Ibrahim Menudin tiba pada 9.07 pagi diikuti calon PAS, Hadnan Mohamad pada 9.12 pagi. Pengumuman tiga penjuru itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan raya Mistirine Radin.

Bercakap kepada pemberita kemudian, Rosman berkata berdepan kedua-dua calon pakatan pembangkang bukan satu cabaran kepadanya tetapi beliau tidak boleh memandang ringan kedua-dua lawannya.

"Apa yang penting ialah untuk memastikan adanya kesinambungan bagi pembangunan untuk penduduk di sini. Oleh itu, kita mesti memastikan kemenangan dengan mandat yang besar daripada pengundi," katanya.

Rosman yakin Labuan akan kekal sebagai kubu kuat BN dan menyumbang satu kerusi kepada BN.

Pada pilihan raya umum 2008, calon BN Datuk Yussof Mahal menewaskan calon PAS Matusin Abdul Rahman dan calon bebas Lau Seng Kiat dengan majoriti 8,457 undi. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan