Saingan Tiga Penjuru di Lembah Pantai

Diterbitkan: Sabtu, 20 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TIGA PENJURU ... Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen P121 Lembah Pantai, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin bersama pencabarnya Nurul Izzah Anwar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Calon Bebas Rusli Baba selepas diumumkan sebagai calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) di Sek Keb Bukit Bandaraya di Kuala Lumpur pada Sabtu. -Foto BERNAMA
TIGA PENJURU ... Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen P121 Lembah Pantai, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin bersama pencabarnya Nurul Izzah Anwar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Calon Bebas Rusli Baba selepas diumumkan sebagai calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) di Sek Keb Bukit Bandaraya di Kuala Lumpur pada Sabtu. -Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Kerusi Parlimen Lembah Pantai menyaksikan pertandingan tiga penjuru dengan penyandangnya Nurul Izzah Anwar dicabar Pengerusi Penyelaras Barisan Nasional (BN) Lembah Pantai Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dan calon Bebas Rusli Baba.

Calon yang layak bertanding kerusi itu pada pilihan raya umum 5 Mei ini diumumkan pegawai pengurus pilihan raya bagi Parlimen Lembah Pantai Rolan Abdul Rahman pada pukul 10.16 pagi di pusat penamaan calon di Sekolah Kebangsaan Bukit Bandaraya.

Nurul Izzah calon pertama yang mengemukakan borang pencalonan pada pukul 9.02 pagi, diikuti Rusli pada 9.11 pagi dan Raja Nong Chik pada 9.25 pagi.

Pada pilihan raya umum 2008, Naib Presiden PKR itu menang dengan majoriti 2,895 undi mengalahkan calon BN Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil, yang merupakan Ketua Wanita Umno dan calon bebas N.Periasamy.

Kawasan Parlimen itu menyaksikan seramai 72,396 pengundi termasuk 47 tentera dan pasangan, 2,088 anggota polis dan pasangan dan 36 pengundi luar negara. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan