Presiden MIC Hadapi Saingan Lima Penjuru di Cameron Highlands

Diterbitkan: Sabtu, 20 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

 Datuk Seri G. Palanivel
Datuk Seri G. Palanivel

CAMERON HIGHLANDS: Kawasan Parlimen Cameron Highlands akan menyaksikan pertembungan lima penjuru apabila presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel ditentang calon DAP, Berjasa dan dua calon bebas pada pilihan raya umum ke-13, 5 Mei ini.

Bertanding untuk Barisan Nasional (BN), Palanivel yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri akan ditentang bekas anggota Parlimen Teluk Intan M.Manogaran, 53, dari DAP dan calon Berjasa Mohd Shokri Mahmood, 52, serta dua calon bebas N.P.Kisho Kumar, 32, dan T.Alagu, 51.

Palanivel, 63, tiba di Pejabat Tanah dan Daerah Tanah Rata bersama-sama isteri Datin Seri R.Kanagam dan lebih 500 penyokong pada 8.12 pagi.

Senarai nama calon yang bertanding diumum Pegawai Pengurus Pilihan Raya Datuk Ahmad Daud pada 11.32 pagi.

Alagu merupakan calon pertama yang menyerahkan borang pencalonan pada 9.04 pagi, diikuti Palanivel, Manogaran, Mohd Shokri dan Kisho. Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanah Rata, di bawah Parlimen Cameron Highlands, pula akan menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara BN Datuk Ho Yip Kap, 61, Leong Ngah Ngah, 58, daripada DAP, dan Parti Sosialis Malaysia Dr Cheam May Choo, 53.

Bagi kerusi DUN Jelai, calon BN Datuk Wan Rosdy Wan Ismail, 55, akan berhadapan calon PAS Abdul Karim Nor, 59, serta calon Bebas Alagu, juga dalam pertandingan tiga penjuru.

Ratusan penyokong daripada parti-parti bertanding berkumpul di kawasan pelancongan Tanah Rata sejak awal pagi, menyebabkan kesesakan lalu lintas di laluan yang menghala ke pusat penamaan.

Pada pilihan raya umum 2008, naib presiden MIC Datuk S.K.Devamany menewaskan calon DAP J.Apalasamy dengan majoriti 3,117 undi.

Pada pilihan raya umum ini, Devamany akan bertanding di kerusi Parlimen Sungai Siput. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 25 November 2014 1:00 PM

Sejauh Mana Anda Tahu? (Bahagian 2)

Selasa, 25 November 2014 8:48 PM

Ahli Geng Mamak Ditembak Mati

Isnin, 24 November 2014 8:01 PM

Sejauh Mana Anda Tahu? (Bahagian 1)

Rabu, 19 November 2014 12:15 AM

Izreen Azminda Mahu Padam Kenangan Lalu

Kolumnis

iklan

Produk Berkaitan

Iklan