Pertembungan Tiga Penjuru Di DUN Hulu Kinta

Diterbitkan: Sabtu, 20 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TAMBUN: Calon-calon Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) bagi Parlimen Tambun selesai menyerahkan borang pencalonan dan disahkan bertanding pilihan raya umum oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Seorang calon Bebas turut akan memberi cabaran apabila beliau turut disahkan bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Kinta.

Ini bermakna akan berlaku pertembungan tiga penjuru di DUN berkenaan.

Calon berkenaan, Sulaiman Zakariya, 65, merupakan pesara polis dan seorang penceramah bebas yaang aktif khususnya di sekitar Ipoh.

Sulaiman akan berhadapan lawannya M.A Tinagaran (PKR) dan Datuk Aminuddin Md Hanafiah (BN) calon baru BN.

Hulu Kinta adalah salah satu DUN di bawah Parlimen Tambun selain Manjoi.

Sementara itu Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah akan mempertahankan kerusi Parlimen Tambun yang disandang sejak empat penggal lalu.

Berhadapan dengan beliau adalah Ketua Srikandi PKR Perak Siti Aishah Shaik Ismail (PKR).

Bagi DUN Manjoi, peguam Asmuni Awi (PAS) akan berdepan dengan Mohamad Ziad Mohamed (BN).

SPR mengumumkan telah menyemak dan berpuas hati dengan borang yang diserahkan kesemua calon dan mereka disahkan bertanding.

Proses penamaan calon berjalan lancar tanpa berlaku insiden tidak diingini.

Penyokong kedua-dua parti tidak melakukan perkara yang dilarang semasa proses penamaan calon.

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan