Pertembungan Satu Lawan Satu di Putrajaya, Ku Nan Dicabar Husam

Diterbitkan: Sabtu, 20 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Calon bagi kerusi Parlimen Putrajaya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor daripada Barisan Nasional (BN) bersalaman dengan calon PAS Datuk Husam Musa selepas menyerahkan borang pencalonan masing-masing di pusat penamaan calon di Pusat Kejiranan Komuniti Precint 9 di Putrajaya pada Sabtu
Calon bagi kerusi Parlimen Putrajaya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor daripada Barisan Nasional (BN) bersalaman dengan calon PAS Datuk Husam Musa selepas menyerahkan borang pencalonan masing-masing di pusat penamaan calon di Pusat Kejiranan Komuniti Precint 9 di Putrajaya pada Sabtu

PUTRAJAYA: Pertandingan bagi merebut kerusi parlimen Putrajaya menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara penyandang, Setiausaha Agung Barisan Nasional Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, dicabar Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa.

Pengumuman dibuat Pegawai Pengurus Pilihan Raya Datuk Muhammad Haitamin Ishak di Kompleks Kejiranan Presint 9 selepas tempoh penerimaan borang penamaan calon tamat pada pukul 10 pagi.

Kawasan Parlimen Putrajaya seluas 4,931 hektar itu diwakili Tengku Adnan sejak 2004 selepas kawasan itu diwartakan sebagai Wilayah Persekutuan pada 2001, dan pada pilihan raya umum 2008, beliau memenanginya dengan majoriti 2,734 undi, mengalahkan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan Mohamad Noor Mohamad.

Husam pula selain bertanding di kawasan Parlimen Putrajaya, juga akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri kawasan Salor, Kelantan pada pilihan raya ini.

Kedua-dua kumpulan tiba di Kompleks Kejiranan itu pada masa yang sama kira-kira setengah jam sebelum pusat penamaan calon dibuka pada pukul 9 pagi, dengan masing-masing diiringi kira-kira 1,500 penyokong, menyanyikan lagu-lagu patriotik dan juga takbir.

Berbaju Melayu biru, Tengku Adnan memasuki kawasan dewan sejurus selepas ia dibuka, manakala Husam yang berbaju Melayu hijau, tiba kira-kira 15 minit kemudian.

Tengku Adnan yang ditemui sejurus selepas pegawai pengurus pilihan raya mengumumkan senarai yang bertanding berkata, berdasarkan rekod cemerlang kerja-kerja yang dilakukan Barisan Nasional (BN) di Putrajaya, beliau yakin orang ramai akan kembali memberi kepercayaan kepadanya untuk menyambung tugas sebagai Anggota Parlimen kawasan itu.

Husam pula berkata beliau akan menggunakan media internet sebagai alat menyampaikan mesej kepada pengundi semasa berkempen, kerana menurutnya rata-rata penduduk Putrajaya mempunyai akses internet. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan