Penamaan Calon Seluruh Negara Berjalan Lancar

Diterbitkan: Sabtu, 20 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Proses penamaan calon di seluruh negara bagi pilihan raya umum ke-13 berjalan lancar pagi ini setelah tempoh menyerahkan borang pencalonan ditutup pada 10 pagi.

Keputusan pencalonan dijangka diketahui sebelum tengah hari.

Cuaca di tempat-tempat penamaan calon cerah dan membantu kelancaran proses penamaan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan polis menyatakan proses penamaan calon berjalan lancar di seluruh negara.

Penolong Ketua Urusetia (Komunikasi Korporat) Ketua Polis Negara, ACP Ramli Mohamed Yusoof berkata pihaknya tidak menerima sebarang laporan berhubung insiden-insiden yang tidak diingini. Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof juga berkata proses penamaan calon berjalan lancar di seluruh negara tanpa sebarang aduan kekacauan.

Di Lahad Datu, Sabah, proses penamaan calon di Dewan Tun Mustapha bagi pilihan raya kerusi Parlimen Silam serta kerusi Tungku, Lahad Datu dan Kunak berjalan lancar dengan kawalan polis dan Unit Simpanan Persekutuan (FRU).

PRU13 menawarkan 222 kerusi parlimen dan 505 kerusi DUN untuk ditandingi.

Hari pengundian ditetapkan pada 5 Mei.

-BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan