Penamaan Calon di Segamat Lancar, Satu Lawan Satu Antara Subramaniam & Chua Jui Meng

Diterbitkan: Sabtu, 20 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEGAMAT: Penyandang kerusi Parlimen Segamat Datuk Dr S. Subramaniam bakal bertanding satu lawan satu di kerusi panas parlimen itu apabila Pengerusi PKR Johor, Datuk Dr Chua Jui Meng menghantar borang penamaan calon di pusat penamaan yang beroperasi di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim di sini, pada Sabtu.

Chua menjadi calon pertama memasuki pusat penamaan pada pukul 8.55 pagi dan menghantar borang penamaan kira-kira tujuh minit kemudian diikuti Subramaniam yang menghantar borang pada 9.11 pagi.

Kedua-dua borang penamaan calon pemimpin parti untuk kerusi Parlimen Segamat diterima oleh Pegawai Pengurus Suruhanjaya Pilihan Raya Segamat, Ismail Abu.

Seramai 20 kakitangan SPR bertugas semasa proses penamaan calon tersebut.

Chua dan Subramaniam sebelum itu dilihat tiba di tempat berkumpul penyokong masing-masing terletak kira-kira 100 dan 50 meter dari dewan tersebut pada pukul 8.30 pagi disertai calon anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Buloh Kasap dan Jementah.

Subramaniam dan calon kedua-dua DUN diarak dari Dataran Segamat oleh hampir 400 penyokong Barisan Nasional (BN) dengan kibaran ratusan bendera BN dan nyanyian lagu 'Inilah Barisan Kita' manakala Chua dan kedua-dua DUN juga diarak kira-kira 150 penyokong yang hadir dari padang Bukit Hampar dengan laungan 'Ubah kerajaan'.

Bagi DUN Buloh Kasap dan Jementah, kedua-dua calon turut berentap satu lawan satu antara parti BN dan Pas di Buloh Kasap serta BN dan DAP di Jementah.

Calon muka baharu BN, Norshidah Ibrahim yang juga Ketua Puteri Johor akan ditentang calon Pas, Firdaus Masod yang pernah bertanding di kawasan yang sama pada PRU12 lalu.

Manakala di DUN Jementah, Penyandang kerusi tersebut Dr Lee Hong Tee akan mendapat tentangan daripada Setiausaha DAP negeri, Tan Cheng Choon.

Suasana pusat penamaan calon dilihat tenang dan proses berjalan lancar apabila kesemua penyokong kedua-dua calon parti menurut arahan yang dikeluarkan SPR sebelum ini.

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Kolumnis

iklan

Iklan