Muhyiddin Kecewa Tindakan Kamilia Tanding Calon Bebas di Parlimen Kuala Kangsar

Diterbitkan: Sabtu, 20 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PAGOH: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kecewa dengan keputusan Naib Ketua Pergerakan Wanita Umno Malaysia, Datuk Kamilia Ibrahim yang bertanding sebagai calon Bebas bagi kerusi Parlimen Kuala Kangsar.

Muhyiddin, yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), berkata tindakan Kamilia menyebabkan beliau secara automatik dipecat daripada Umno.

"Tindakan beliau (Kamilia) jelas bertentangan dengan Perlembagaan dan peraturan Umno, serta tidak selari dengan semangat perjuangan parti.

"Kita dah nyatakan sebelum ini, secara automatik beliau dipecat daripada parti," katanya kepada pemberita selepas pengumuman calon yang akan bertanding di Parlimen Pagoh di Kompleks Sukan Pagoh di sini Sabtu.

Muhyiddin berkata tindakan pemecatan itu menunjukkan ketegasan parti untuk menangani anggota yang belot terhadap parti.

"Bagi saya, keputusan beliau (Kamilia) adalah sesuatu yang mendukacitakan," katanya.

Kamilia akan menentang calon BN, Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad dan Dr Khalil Idham Lim daripada PAS.

Sebelum ini, Kamilia pernah menyuarakan kekecewaannya kerana BN tidak meletakkan pemimpin tertinggi Wanita Umno dan BN sebagai calon dalam PRU13.

Menjawab perkara itu, Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Kamilia telah menolak tawaran bertanding bagi kerusi DUN Bukit Chandan kerana mahu bertanding kerusi Parlimen Kuala Kangsar. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan