Kronologi Penamaan Calon Di Parlimen Pengkalan Chepa

Diterbitkan: Sabtu, 20 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PENGKALAN CHEPA: Berikut adalah kronologi penamaan calon Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) di Parlimen Pengkalan Chepa P.020 di Dewan SMK Pengkalan Chepa 1 dekat sini, Sabtu:

11:25 pagi: Pegawai Pengurus Pilihan Raya Pengkalan Chepa, Tuan Mat Tuan Soh, mengesahkan kesemua calon di kerusi Parlimen itu dan DUN Chempaka, Kijang dan Panchor layak bertanding.

10:05 pagi: Para penyokong PAS berbaju hijau berkumpul kira-kira 70 meter daripada pusat penamaan calon sambil melaungan 'Allahuakbar' sebanyak tiga kali.

10 pagi: Pegawai Pengurus Pilihan Raya bagi Parlimen Pengkalan Chepa, Tuan Mat Tuan Soh mengesahkan tempoh proses penamaan calon tamat pada pukul 10 pagi.

9.15 pagi: Calon BN Parlimen Pengkalan Chepa dan calon BN-Kijang, Panchor dan Chempaka menyerahkan borang pencalonan.

9.08 pagi: Nik Aziz menyerahkan borang penaman calon. Turut calon PAS-DUN Panchor, Kijang dan Chempaka.

Turut serta ialah calon PAS-Parlimen Pengkalan Chepa: Dr Ezani Hussin disertai penyokong Ramli Salleh dan pencadang Ruziely Abdullah.

Calon PAS- Kijang, Wan Ubaidah Omar disertai penyokong Norhasidah Ismail dan pencadang A. Fauzi Mamat.

Calon PAS- Panchor, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah disertai pencadang Mohd Zahiruddin Ahmad dan penyokong Alam Solah Awang Lah.

9.05 pagi : Calon Parlimen BN-Pengkalan Chepa, Datuk Dali Husin tiba di Dewan SMK Pengkalan Chepa 1 di sini bagi menyerahkan borang pencalonan.

Dali turut disertai oleh penyokong Mohd Amir Ab Ghani dan pencadang Che Othman Che Wil@Ismail.

Turut serta ialah calon BN-DUN Kijang, Zaluzi Sulaiman disertai penyokong Alias Latiff dan pencadang Zailany Zakria.

Calon BN-DUN Panchor, Che Rosli Hassan; disertai penyokong Mohd Nasir Othman dan pencadang Abdul Hakim Abdullah.

Calon DUN BN-Chempaka, Wan Razman Wan Ab Razak disertai penyokong Wan Saidi Wan Hussin dan pencadang Che Aziz Mohamad.

9 pagi: Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Tuan Mat Tuan Soh mengumumkan masa penerimaan borang pencalonan dibuka dari 9 pagi sehingga 10 pagi.

8.45 pagi: Nik Aziz tiba di Dewan SMK Pengkala Chepa 1. Beliau disertai penyokong Nik Abdullah Raja Ahmad dan pencadang Nik Baharom Nik Abdullah.

8.40 pagi: Kira-kira 5,000 penyokong PAS mula mengiringi calon PAS-Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

7 pagi: Penyokong PAS mula berkumpul di Masjid As-Salam manakala penyokong Barisan Nasional (BN) di Tanah Umno Cabang 3, dekat sini.

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan