Calon Kami Tidak Akan 'Lompat' Lagi - Nizar

Diterbitkan: Sabtu, 20 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Calon-calon Pakatan Rakyat (PR) yang akan bertanding di Perak telah berikrar dan berjanji untuk tidak bertindak melompat parti sama ada secara rela atau paksa.

Pengerusi Pakatan Rakyat Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin berkata calon-calon yang diketengahkan pada kali ini bukan sahaja calon boleh menang tetapi juga calon yang telah mengangkat sumpah untuk setia terhadap parti.

"Pakatan Rakyat telah membariskan calon-calon boleh menang. Kita telah mengangkat sumpah dan berikrar di hadapan rakyat bahawa calon-calon kami tidak akan melompat lagi sebagaimana berlaku pada 2008. Itu janji kami.

"Tidak akan ada lagi calon lompat parti daripada calon-calon yang telah diperkenalkan," katanya kepada pemberita selepas Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAS dan DAP selesai memperkenalkan calon-calonnya yang akan bertanding di Perak, dekat sini, malam Khamis.

Pada majlis tersebut semua calon telah berikrar di hadapan rakyat, antara lain untuk berkempen secara sihat dan demokratik selain berjanji tidak meninggalkan parti.

Menurut Nizar setiap parti mempunyai kaedah-kaedah aku janji tersendiri yang mana jika terdapat calon yang melompat parti, mereka akan dikenakan tindakan.

Katanya, calon-calon PR juga telah berikrar bahawa jika mereka melompat parti, mereka akan dilaknat oleh rakyat.

"Saya difahamkan dalam PAS kita ada aku janji. Kita telah berikrar jika mereka melompat sama ada rela atau paksa dia akan dilaknat oleh rakyat.

"Kalau dalam DAP dan Keadilan dia kena bayar RM5 juta bon," katanya.

Ditanya mengenai peluang PR untuk menang di Perak, beliau berkata: Kita akan berjaya memberikan kemenangan kepada 38 kerusi DUN. Parlimen...kurang-kurang pun 18.

PKR mengumumkan akan bertanding di 19 DUN dan sembilan Parlimen, PAS di 22 DUN dan tujuh Parlimen, manakala DAP di 18 DUN dan tujuh Parlimen.

Sementara itu Pengerusi PKR Perak Dr Mohd Noor Manuty ketika mengumumkan calon PKR berkata, setiap calon telah diteliti dengan begitu lama.

Beliau menambah, selain pucuk pimpinan parti bersetuju meletakkan bon, Ketua Umum PR Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan watikah kepada calon-calon Parlimen dan negeri telah meletakkan syarat-syarat yang berintegriti.

"Insyaallah tidak akan ada 'katak-katak' pada kali ini," katanya.

Kerajaan PR rakyat tumbang selepas 11 bulan mentadbir Perak walaupun menang PRU-12 apabila tiga ahlinya keluar parti dan menjadi ADUN Bebas.

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan