Calon BN DUN Chempaka Bukan Tanding Atas Kapasiti 'Tuan Rakyat"

Diterbitkan: Sabtu, 20 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PENGKALAN CHEPA: Calon muka baru Barisan Nasional (BN) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka, Wan Razman Wan Abd Razak akan bertanding atas kapasiti sebagai wakil rakyat dan bukannya 'tuan rakyat'.

Sehubungan itu, beliau tidak gentar untuk berhadapan dengan lawannya iaitu penyandang kerusi DUN berkenaan yang merupakan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Mursyidul Am itu hanyalah jawatan di peringkat pusat. Tetapi dari segi wakil rakyat itulah tanggungjawab saya. Pertembungan (dengan Nik Aziz) tidak menjadi masalah walaupun dia adalah Mursyidul Am PAS.

"Saya bertanding sebagai 'wakil' rakyat, bukannya 'tuan' kepada rakyat," katanya kepada para pemberita di pusat penamaan calon di Dewan SMK Pengkalan Chepa 1 di sini, Sabtu.

Wan Razman disahkan akan bertanding di DUN Chempaka yang akan menyaksikan pertarungan satu lawan satu dengan Nik Aziz bagi merebut kerusi DUN di bawah Parlimen Pengkalan Chepa.

Menurut Wan Razman, bukan jawatan dalam parti yang dijadikan tumpuan, tetapi sebaliknya mengutamakan perjuangan beliau sebagai wakil rakyat.

"Saya diarahkan untuk bertanding dan bukannya menawarkan diri untuk menjadi 'Yang Berhormat' (YB). Saya tawar diri untuk jadi wakil rakyat.

"Insya-Allah, dengan tenaga dan kudrat saya yang ada, dan amanat yang diberikan kepada saya. Insya-Allah saya akan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat Chempaka yang sudah ketinggalan selama 23 tahun," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan