'Bunga', 'Kunci' Cuba Nasib Di DUN Bukit Selambau

Diterbitkan: Sabtu, 20 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Calon-calon bagi kerusi Parlimen Merbok, DUN Bukit Selambau dan DUN Tanjong Dawai selepas diumumkan sah bertanding
Calon-calon bagi kerusi Parlimen Merbok, DUN Bukit Selambau dan DUN Tanjong Dawai selepas diumumkan sah bertanding

SUNGAI PETANI: Persaingan merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau menyaksikan saingan lima penjuru antara Barisan Nasional (BN),Parti Keadilan Rakyat (PKR), Kita dan dua wakil Bebas.

Dua calon Bebas yang akan memberi tentangan di DUN itu ialah Syed Nasir Syed Mahamud yang akan menggunakan simbol 'Bunga' dan S Thivagaran yang memilih simbol 'Kunci'.

Kedua-dua wakil Bebas berkenaan berhadapan dengan wakil Barisan Nasional (BN), Datuk Tajul Urus Mat Zain, Dr R Krishnamoorthy (PKR) dan Kamal Nasser Thow Beek (Kita).

Selain itu, menepati jangkaan BN berhadapan pertembungan satu lawan satu dengan Pakatan Rakyat bagi kerusi Parlimen Merbok dan DUN Tanjong Dawai.

Di kerusi Parlimen Merbok, BN mempertaruhkan Prof Dr Ismail Daut bagi menentang pencabarnya, Nor Azrina Surip daripada PKR.

Sementara itu di kerusi DUN Tanjong Dawai, Datuk Tajul Urus akan memberi tentangan kepada Ahmad Fakhruddin Fakhrurazi daripada PAS.

Pengumuman rasmi calon layak bertanding dibuat oleh Pegawai Pengurus Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Ahmad Fisol Md Noor di pusat penamaan calon Kolej Vokasional Sungai Petani 1 di sini.

Tiada borang pencalonan yang ditolak.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan