BN Susun Strategi Teratur Dalam Kempen PRU-13 - Muhyiddin

Diterbitkan: Sabtu, 20 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PAGOH: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Barisan Nasional (BN) telah menyusun strategi yang teratur dalam mendekati pengundi semasa kempen pilihan raya umum kali ini termasuk menggunakan media baru.

Timbalan Perdana Menteri berkata selain pendekatan bersemuka melalui siri ceramah, perhatian juga diberi kepada 'perang maya' yang dilihat telah menjadi satu saluran kempen yang paling berpengaruh.

"Ceramah itu cara biasa, itu penting walaupun menggunakan teknik dan taktik yang lama. Strategi sudah diatur, persiapan sudah mula terutama bagi menarik pengundi muda yang internet savvy (arif). "Di peringkat kita sudah ada kumpulan 'cyber troopers' yang begitu ramai, ramai yang datang ke depan secara sukarela hendak bantu kita secara maya. B Nmempunyai strategi lebih teratur dalam menangani perang di dunia siber," katanya kepada pemberita selepas pengumuman calon pilihan raya Parlimen Pagoh, di Kompleks Sukan Pagoh di sini, Sabtu.

Muhyiddin, yang akan mempertahankan kerusi Parlimen Pagoh, berkata beliau sendiri akan turun berjumpa penduduk bagi menjelaskan isu-isu yang dimainkan pembangkang bagi memberikan imej yang buruk terdapat BN seperti rasuah dan kenaikan kos sara hidup.

Beliau juga berharap pengundi muda di kawasan itu, terutama yang pertama kali mengundi memberi sokongan yang padu kepada calon BN yang akan bertanding.

Dalam perkembangan yang sama, Timbalan Pengerusi BN itu sekali lagi mengingatkan semua parti politik yang mengambil bahagian dalam pilihan raya umum kali ini supaya berkempen secara berhemah.

Katanya mereka perlu mengikut semua undang-undang dan peraturan sedia ada bagi memastikan kelancaran perjalanan proses pilihan raya.

"Parti-parti mesti berkempen secara berhemah, jangan timbulkan huru-hara yang boleh mengancam keselamatan rakyat dan negara. Kami di Barisan Nasional (BN) dah tandatangani ikrar integriti pilihan raya termasuk dalam soal menghormati peraturan. "Yang penting pembangkang mesti akur apa sahaja peraturan dan undang-undang sedia ada. Jangan langgar, jangan terlalu beremosi sehingga ketepikan adat dan tatasusila," katanya.

Pada pilihan raya 5 Mei ini, Muhyiddin akan ditentang sekali lagi oleh calon PAS Mohd Rozali Jamil. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan