Presiden Pertubuhan Al-Ehsan Umum Tanding Calon Bebas Di Perai

Diterbitkan: Jumaat, 19 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Presiden Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan Islamiah Malaysia, Datuk Seri Muhammad Ridzwan Sulaiman mengumumkan untuk bertanding sebagai calon Bebas bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perai pada Pilihan Raya Umum ke-13 ini.

Beliau yang baru dibebaskan dari tahanan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) berhubung pencerobohan bersenjata di Lahad Datu itu berkata, keputusannya untuk bertanding adalah satu cita-cita yang telah lama terpendam.

Muhammad Ridzwan berkata, sebagai anak tempatan di Perai, beliau kecewa dengan bekas wakil rakyatnya Dr P.Ramasamy yang mengabaikan pembangunan dan masyarakat di kawasan itu.

Katanya, beliau berpendapat telah tiba masanya pemilih kawasan DUN Perai mempunyai seorang wakil rakyat bebas yang dapat membela dan memperjuangkan nasib mereka.

"Yang ada (di Perai) hanya dua pusat beli belah Giant. Selain itu banyak lot kedai dibiar kosong. Perkembangan ekonomi setempat juga sangat perlahan mungkin kerana wakil rakyat di situ (Dr Ramasamy) sibuk dengan tugasnya sebagai Timbalan Ketua Menteri II," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Lapangan Antarabangsa Pulau Pinang malam Khamis.

Muhammad Ridzwan, 47 yang ditahan selama 17 hari di bawah SOSMA dibebaskan dari Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam tanpa bicara selepas didapati tidak bersalah petang Khamis.

Mengulas penahanannya, beliau berkata polis memberi kerjasama yang baik dan beliau telah memberi segala keterangan bagi membantu siasatan. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan