Polis Terengganu Terima Laporan Berhubung Video Seks Mirip Pemimpin Pembangkang

Diterbitkan: Jumaat, 19 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

DUNGUN: Polis Terengganu mengesahkan menerima satu laporan berhubung penyebaran video seks yang dikatakan mirip seorang pemimpin kanan parti pembangkang baru-baru ini.

Laporan berkenaan dibuat pada 11.20 pagi Jumaat oleh seorang penduduk kampung berusia 46 tahun dari Paka di Balai Polis Dungun yang meminta polis mengambil tindakan dan menjalankan siasatan.

Selain itu pengadu turut menggesa polis agar membuat siasatan terperinci perilaku yang tidak bermoral dan ketulenan video itu.

Ketua Polis Daerah Dungun Supt Dahlan Mohd Noor ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan itu.

Khamis lepas penduduk di sekitar Besut gempar setelah menemui sampul surat yang diletak di hadapan pagar rumah mereka mengandungi sekeping DVD serta gambar lucah.-BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan