PKR Tumpat Bantah Calon DUN Pengkalan Kubor

Diterbitkan: Jumaat, 19 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TUMPAT: Kedudukan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Kelantan semakin bergolak apabila cabangnya di sini membantah pemilihan Prof Shahrum Ibrahim sebagai calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Timbalan Ketua Cabang PKR Tumpat, Radin Azmi Ramli berkata, penolakan Shahrum oleh pimpinan dan anggota parti cabang itu kerana tidak mempunyai kewibawaan sebagai calon dan bukan di kalangan orang tempatan.

Katanya, kepimpinan parti meminggirkan permintaan akar umbi mengenai calon yang akan bertanding pada pilihan raya.

"Walaupun kita telah menghantar satu memorandum mengenainya pada tahun lepas, kepimpinan PKR terus meminggirkan sentimen dari akar umbi.

"Ini menyebabkan kita terpaksa mengadakan sidang media bagi menuntut kepimpinan parti supaya menukar calon," katanya di sini, Jumaat.

Sebahagian anggota parti menyifatkan ketua di peringkat akar umbinya, Zamakhasari Rahim sebagai calon pilihan untuk bertanding di kerusi DUN itu pada PRU-13.

Radin mendakwa, ramai anggota parti telah pun menutup bilik gerakan mereka di sini.

Ini katanya, dengan keadaan yang berlaku ketika ini adalah sukar bagi PKR untuk memenangi mana-mana kerusi yang akan dipertandingkan di Kelantan.

PKR dijangka akan bertanding di lima kerusi DUN tiga kerusi Parlimen di negeri itu pada pilihan raya umum kali ini.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan