Pertembungan 2 Doktor Perubatan di DUN Sungai Abong

Diterbitkan: Jumaat, 19 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SELEPAS Barisan Nasional (BN) mengumumkan nama calon Selasa lalu, sah nama Datuk Dr Haris Mohd Salleh dipilih semula untuk menentang calon PAS yang juga penyandang kerusi DUN Sungai Abong pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) edisi ini.

Kedua-dua calon ini merupakan bekas doktor perubatan.

BN melihat pemilihan Dr Haris adalah calon paling sesuai untuk merampas semula kerusi N13 yang jatuh ke tangan PAS pada pilihan raya 2008 lalu.

Pertemuan kali kedua di antara kedua-dua bekas wakil rakyat itu dijangka lebih sengit kerana kedua-dua calon amat dikenali dan digemari penduduk di kawasan berkenaan.

Dua nama yang tidak asing ini mungkin juga akan menimbulkan kekeliruan kalangan pengundi di Sungai Abong untuk membuat pilihan tepat ketika mengundi memandangkan mereka mempunyai karakter yang hampir sama itu mesra rakyat.

Mengikut rekod, Dr Haris sebelum ini pernah bergelar wakil rakyat di DUN Sungai Abong pada PRU-11 selama sepenggal setelah memperolehi 10,208 undi menewaskan Dr Sheikh Ibrahim (4,151 undi) dengan majoriti 6,057 undi.

Bagaimanapun pada PRU-12, Dr Haris tidak bertanding untuk mempertahankan kerusi berkenaan, sebaliknya diberikan kepada muka baru BN, Kamaruddin Suratman, namun tewas kepada Dr Sheikh Ibrahim yang memperolehi 8,776 undi dengan majoriti 1,550 undi.

Walaupun sepenggal berehat daripada menjadi wakil rakyat, namun jawatan disandangnya sebagai Pegawai Khas Menteri Besar dan Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Mukim-mukim (JPMM) di DUN Sungai Abong telah memberikan kelebihan kepada Dr Haris untuk mendekati rakyat dan pengundi hingga ke peringkat akar umbi.

Tempoh berkempen selama dua minggu ini, Dr Haris dilihat perlu bekerja keras untuk memikat semula hati rakyat terutamanya kalangan pengundi Cina yang telah berpaling kepada pembangkang pada PRU lalu.

Sebelum ini, DUN Sungai Abong pernah kecoh dengan suara-suara penolakan Dr Haris dan mengugut untuk terus mengekalkan pemerintahan PAS jika pucuk pimpinan memilih Dr Haris sebagai calon BN.

Walau bagaimanapun semua pihak perlu akur dengan pemilihan itu mungkin kerana beliau memiliki kriteria calon boleh menang sebagaimana yang dikehendaki Perdana Menteri, selain memiliki pakej lengkap untuk bergelar wakil rakyat semula.

Pendekatan sentuhan hati

Kebolehan Dr Sheikh Ibrahim yang berpengalaman lima kali bertanding PRU sejak tahun 1990 tidak boleh dipandang sebelah mata kerana beliau sememangnya begitu aktif mendekati rakyat sebaik sahaja memenangi PRU-12 pada 2008.

Pendekatan sentuhan hati yang digunakannya setiap kali bertemu rakyat benar-benar berkesan apabila rata-rata rakyat pebagai kaum di Sungai Abong begitu menyenangi sikap rendah diri yang dimiliki Yang Dipertua PAS Kawasan Bakri ini.

Katanya, beliau tidak terkejut apabila Dr Haris diumumkan semula sebagai calon BN yang bakal berentap dengannya kerana sudahpun menjangkakannya sejak awal lagi.

“Meskipun PAS berada pada kedudukan yang agak selesa apabila sokongan rakyat dilihat kian meningkat, namun kita tidak boleh mendabik dada dengan keadaan itu.

“Kita akan terus bekerja keras untuk mendekati rakyat bagi memastikan hati mereka tidak berubah untuk terus bersama menyokong Pas,”katanya.

Selain Sungai Abong, kerusi Dun N12 Bentayan dan kerusi Parlimen P145 Bakri juga menjadi milik pembangkang impak daripada tsunami politik yang melanda negara ketika itu.

Nasib BN ataupun PAS untuk PRU kali ini ditentukan oleh 28,000 pengundi terkini di DUN berkenanan yang terdiri daripada 51.7 peratus kaum Melayu, Cina (45.5 peratus), India (2.7 peratus) dan lain-lain (1 peratus).

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan