Pertandingan Lima Penjuru Di Sri Andalas

Diterbitkan: Jumaat, 19 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KLANG: Kerusi Dewan Undangan Negeri Sri Andalas, Selangor mungkin akan mencatat sejarah yang tersendiri apabila sehingga lewat petang Jumaat, sejumlah lima calon menyatakan hasrat mereka untuk bertanding di situ.

Yang terbaru menyatakan hasrat ialah bekas bendahari PKR Selangor, K.S. Kottapan dan seorang ahli biasa PKR, Hanafiah Husin.

Selain mereka, PKR mengumumkan calon rasmi mereka iaitu Dr Xavier Jayakumar, BN mengumumkan nama Ketua Pemuda MIC Pusat, T. Mohan dan calon Bebas, P. Uthayakumar yang akan bertanding mewakili Parti Hak Asasi Manusia.

Kottapan, 51, yang kini adalah ahli jawatankuasa pusar Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita), memberitahu, yang dia telah memutuskan untuk meninggalkan Kita bagi membolehkannya bertanding atas tiket Bebas.

Dia juga berhasrat untuk bertanding kerusi Parlimen Kuala Langat, Subang atau Kapar.

Kottapan menegaskan salah satu isu yang mengecewakannya ialah di dalam manifesto Pakatan pada 2008, ada disebut keputusan untuk membentuk Jabatan Hal Ehwal Bukan Islam jika Pakatan membentuk kerajaan negeri, sama seperti mana Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

"Tetapi janji ini tidak ditunaikan," katanya lagi.

Hanafiah pula yang pernah berkhidmat sebagai pegawai khas Dr Xavier dari tahun 2008 hingga 2010, berkata dia turut merasakan yang penyandang kerusi tersebut telah gagal melaksanakan tanggungjawabnya dengan berkesan sebagai wakil rakyat.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan