Keputusan Penamaan Calon Dijangka Diketahui 12 Tengah Hari, Sabtu

Diterbitkan: Jumaat, 19 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan keputusan penamaan calon termasuk sama ada terdapat pertandingan atau tidak bagi mana-mana kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) dapat diketahui menjelang 12 tengah hari, Sabtu.

SPR yang akan mengadakan sidang media di Pusat Media Ibu Pejabat SPR di sini akan turut mengeluarkan statistik termasuk jumlah calon dan parti yang bertanding, calon bebas, jumlah calon wanita dan lelaki, calon termuda dan calon tertua.

Sidang berita itu akan dikendalikan Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

Proses penamaan calon pada pilihan raya kali ini dijangka dapat diselesaikan lebih awal berikutan keputusan SPR memansuhkan proses bantahan dan tempoh penarikan balik pencalonan pada hari penamaan.

Tindakan itu adalah bagi memudahkan lagi proses pada hari tersebut tanpa melibatkan bantahan yang tidak munasabah.

Sebanyak 222 pusat penamaan calon dibuka di seluruh negara esok yang bakal menyaksikan pertandingan bagi merebut 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi DU Npada pilihan raya umum yang ditetapkan, 5 Mei.

Pencalonan akan dibuka mulai 9 pagi sehingga 10 pagi.-BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan