Jangan Gugur Calon BN Di Manjoi - PAS

Diterbitkan: Jumaat, 19 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: PAS Perak meminta pimpinan Umno tidak mengenakan tindakan terhadap calon mereka di Manjoi, Mohamad Ziad Mohamed Zainal, yang didakwa sebelum ini pernah menyertai PAS.

Koordinator Jawatankuasa Isu dan Strategik PAS Negeri, Dr Raja Ahmad Iskandar berkata, ini kerana terdapat desas-desus menyatakan nama Ziad akan digugurkan kerana tidak menyatakan latar belakang sebenar dirinya.

"Kami harapkan kepimpinan Umno tidak mengambil sebarang tindakan kepada beliau.

"Ada desas desus menyatakan kemungkinan beliau akan digugurkan menjadi calon Dewan Undangan Negeri (DUN) kerana tak berterus-terang tentang latar belakangnya kepada kepimpinan Umno, seolah-olah telah membohongi tentang latar belakang pernah menyertai PAS," katanya pada sidang media di ibu pejabat PAS negeri, dekat sini, Jumaat.

Raja Iskandar berkata, PAS tidak mempunyai masalah apabila Ziad, menantu kepada bekas Menteri Besar Perak Tan Sri Tajol Rosli Ghazali diisytiharkan sebagai calon BN walaupun mempunyai bukti keahlian beliau dalam PAS.

Pun begitu katanya, PAS hanya akan memberikan bukti lebih khusus keahlian tersebut jika terdapat keperluan untuk berbuat demikian.

"Pendedahan kami hanya untuk berkongsi maklumat dengan pengundi-pengundi di kawasan DUN Manjoi," katanya.

Mengulas lanjut, beliau mendakwa mendapat maklumat yang menyatakan nama Ziad antara yang sedang hangat diperkatakan terutama di kalangan anggota Umno Tambun kerana isu ini.

Katanya, Ziad perlu diberi peluang bertanding dan tidak wajar untuk Umno menggugurkan nama beliau atas dakwaan tersebut.

"Tolong beri beliau peluang bertanding mewakili Umno.

"Jangan kerana keahlian beliau menyebabkan Umno berasa ragu-ragu dan rasa kurang selesa," katanya.

Pada Rabu, PAS Perak mendakwa Ziad pernah menganggotai PAS pada tahun 1997 dan bergerak aktif di negeri ini.

Ziad, pada hari yang sama menafikan dakwaan tersebut dan berkata telah menyertai Umno sejak tahun 2002.

Beliau berkata, latar belakang pendidikan agama dan pergaulan dengan ahli-ahli PAS mungkin menyebabkan timbul dakwaan sebegini.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan