DAP Mungkin Guna Lambang PAS Dan PKR Pada PRU-13 - Kit Siang

Diterbitkan: Jumaat, 19 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Semua calon DAP di Semenanjung Malaysia mungkin menggunakan lambang PAS manakala calonnya di Sabah dan Sarawak menggunakan lambang Parti Keadilan Nasional (PKR) pada pilihan raya umum 5 Mei ini, kata Penasihat DAP Lim Kit Siang, walaupun Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada Jumaat menegaskan parti pembangkang itu boleh menggunakan simbolnya sendiri.

Menurut pemerhati politik, langkah DAP itu hanyalah semata-mata untuk meraih simpati para pengundi pada pilihan raya umum ke-13 itu.

Pada sidang media di Pusat Operasi DAP di Taman Ungku Tun Aminah di sini pada Jumaat, Lim bagaimanapun enggan mengulas kenyataan ROS itu.

Sebaliknya, pemimpin veteran itu, yang akan mencabar Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman bagi kerusi Parlimen Gelang Patah, menyalahkan MCA dan mendakwanya dibantu Umno untuk memainkan peranan dalam menentukan keputusan ROS.

"Kemungkinan lambang Roket yang menjadi identiti DAP ini tidak dapat digunakan selepas menerima notis daripada ROS, kurang 48 jam sebelum tarikh penamaan calon," katanya.

ROS pada Rabu hanya memaklumkan kepada DAP bahawa ia sedang mengkaji pendaftaran parti itu berikutan pertikaian dalam kalangan anggotanya.

Sementara menanti penyelesaian pertikaian berkenaan, kenyataan itu menyebut bahawa ROS tidak memberi pengiktirafan kepada pemegang-pemegang jawatan DAP yang dibentuk semasa pemilihan parti itu pada 15 Dis 2012, mengikut Seksyen 3A Akta Pertubuhan 1966.

Dalam kenyataannya pada Jumaat, Pendaftar Pertubuhan Datuk Abdul Rahman Othman menarik perhatian bahawa pendaftaran DAP bagaimanapun tidak terbatal dan ia masih boleh menggunakan simbolnya semasa PRU13.

Lim pula berkata: "Bagi mengelak berlaku sebarang kesulitan pada pilihan raya nanti, kita mengambil keputusan untuk meminjam simbol bulan (PAS) bagi calon DAP di Semenanjung dan lambang PKR di Sabah dan Sarawak".

Beliau juga mendakwa kononnya perkara itu boleh menjejaskan undi kepada DAP kerana menurutnya pengundi Cina tidak akan memilih simbol PAS dalam pilihan raya nanti.

Lim turut dilihat cuba bersikap 'underdog' dengan menyatakan berikutan isu lambang itu, peluangnya untuk menang kerusi Gelang Patah kini tinggal 40 peratus berbanding 50 peratus sebelum ini.- BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan