Calon DAP Kota Darul Aman Tolak Pencalonan

Diterbitkan: Jumaat, 19 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Konflik dalaman DAP Kedah semakin berpanjangan apabila calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Darul Aman, Dr Lim Sin Kiat menolak pecalonannya sehari sebelum hari penamaan calon pada Sabtu.

Pendirian itu dibuat sebagai bantahan kepada keputusan DAP Pusat yang menggugurkan Pengerusi DAP Kedah yang juga penyandang kerusi DUN Kota Darul Aman, Lee Guan Aik.

"Saya menyatakan pendirian muktamad untuk tolak pencalonan saya bertanding di Kota Darul Aman.

"Saya tidak akan menerima watikah calon...saya tolak lantikan pusat," katanya pada sidang media di Pejabat DAP Kedah di sini, Jumaat.

Dr Lim yang juga Setiausaha Publisiti DAP Kedah bagaimanapun mahu memberi laluan kepada Lee untuk kekal bertanding di kerusi DUN Darul Aman.

"Lee adalah orang paling layak bertanding di kerusi ini. Beliau banyak berjasa kepada parti dan rakyat di Kota Darul Aman

"Walaupun DAP Pusat mempunyai kuasa penuh menentukan calon, tapi kami harap mereka boleh pertimbangkan semula keputusan ini," katanya.

Sidang media yang dibuat tanpa kehadiran Lee itu dihadiri kira-kira 20 pemimpin tempatan dan ahli akar umbi parti.

Mengulas lanjut Dr Lim berkata, beliau kecewa apabila Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng memberi arahan supaya Lee berundur dan bersara daripada terus bertanding pada pilihan raya tanpa sebab kukuh.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan