Bekas Timbalan Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Daud Taha Meninggal Dunia

Diterbitkan: Jumaat, 19 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Daud Taha hari ini meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat serangan angin ahmar pada 2.49 petang Jumaat.

Menurut anak sulung Allahyarham, Andrina Daud, 41, berkata arwah bapanya, 73, dimasukkan ke HKL pada Selasa lepas akibat serangan angin ahmar dan terpaksa dipindahkan ke unit rawatan kecemasan pada pagi semalam sebelum disahkan meninggal petang ini.

"Sebelum ini bapa saya tidak pernah menunjukkan tanda-tanda beliau menghidap angin ahmar dan saya amat terkejut serta tidak menyangka apabila beliau diserang penyakit itu pada Selasa lepas," katanya ketika dihubungi Bernama.

Andrina berkata jenazah bapanya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Damansara, selepas solat Isyak malam ini.

Allahyarham meninggalkan seorang balu Datin Kamariah Mahmud serta sembilan orang anak iaitu enam perempuan dan tiga lelaki serta 14 orang cucu.

Andrina turut menyifatkan bapanya seorang yang tegas terhadap keluarga selain memiliki sifat penyayang.

Beliau berkata Allahyarham sebelum ini pernah memberitahu bahawa beliau mengimpikan meninggal dunia pada hari Jumaat.

Allahyarham Daud yang berasal dari Batu Pahat, Johor, mula menyertai Umno pada 1962 dan berkelulusan Sarjana Muda Perakaunan dari West Australia Institute of Technology pada 1967.

Allahyarham Daud juga pernah memegang jawatan sebagai Ketua Umno Bahagian Batu Pahat dari 1984 hingga 1993 serta pernah dilantik menjadi Timbalan Menteri Perusahaan Awam dari 1985 hingga 1990.

Jawatan terakhir Allahyarham di dalam kabinet ialah sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dari 1990 hingga 1995.-BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan