Anak Mendiang P.Patto Tak Sangka Ikut Jejak Ayah Bertanding Dalam P/Raya

Diterbitkan: Jumaat, 19 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Kasthuri Rani tidak sama sekali menyangka selepas 18 tahun, beliau akan kembali ke Pulau Pinang sebagai seorang calon pilihan raya mengikuti jejak langkah mendiang ayahnya, legenda DAP, P. Patto.

Kasthuri Rani, 34, telah dinamakan sebagai calon DAP untuk kerusi Parlimen Batu Kawan.

Lapan belas tahun yang lalu iaitu pada tahun 1995, ayahnya P. Patto telah bertanding kerusi Parlimen Bagan, juga di Pulau Pinang dan menang.

Bagaimanapun, 78 hari kemudian, P.Patto meninggal dunia.

"Pada tahun 1995, saya baru berusia 15 tahun dan bersama-sama adik perempuan saya turut bersama mengikuti ayah saya berkempen. Kini saya mengikuti jejak langkah ayah saya bertanding dalam pilihan raya,” kata Kasthuri.

Kasthuri, adalah anak kelahiran Ipoh dan memiliki ijazah dalam bidang mikrobiologi dari Universiti Malaya.

Beliau kini adalah setiausaha politik kepada penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Menurut Kasthuri walaupun dia bukannya anak kelahiran tempatan tetapi tidak melihat itu sebagai satu halangan untuk berkhidmat.

“Kita boleh berasal dari mana saja tetapi masih boleh berjuang untuk kepentingan rakyat," katanya sambil menegaskan yang dia optimistik yang pengundi Batu Kawan akan membuat pertimbangan yang wajar dan baik.

Kasthuri adalah sebahagian daripada enam muka baru yang diperkenalkan DAP untuk Pulau Pinang dalam pilihan raya kali ini.

Lain-lain muka baru ialah Steven Sim untuk Parlimen Bukit Mertajam, Setiausaha Politik Ketua Menteri, Zairil Khir Johari untuk Parlimen Bukit Bendera, Soon Lip Chee untuk Dewan Undangan Negeri Padang Lalang, Yap Soo Huey di Pulau Tikus, Lim Siew Khim untuk kerusi Sungai Pinang dan Teh Lai Heng untuk kerusi Komtar.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan