PRU-13: Ahmad Husni Jangka BN Menang Besar Di Tambun

Diterbitkan: Khamis, 18 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Barisan Nasional (BN) yakin akan mencapai kemenangan besar di Tambun sekali gus dapat mempertahankan kemenangannya sebelum ini.

Menteri Kewangan II yang juga merupakan penyandang kerusi Parlimen Tambun Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata terdapat banyak faktor yang dijangka bakal membawa kemenangan BN di Tambun pada pilihan raya umum kali ini termasuklah faktor calon, yang memperlihatkan kombinasi calon lama dan baru.

"Kita jangka untuk pilihan raya kali ini kita akan dapat kemenangan lebih besar kerana beberapa faktor termasuklah dua muka baru yang ini sebenarnya telah menaikkan semangat setiap ahli BN.

"Kita akan menang besar...bukan sahaja kerana calon, kerana BN, NGO dan semua penduduk kawasan Tambun yang bersatu melaksanakan tugas kita untuk menang besar dalam pilihan raya ini," katanya yang ditemui selepas Majlis Hi-Tea bersama penduduk Tambun, dekat sini, Rabu.

Ahmad Husni berkata dua calon baru yang mewakili BN untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Manjoi dan Hulu Kinta di bawah Parlimen Tambun mempunyai latar belakang yang sangat baik dan mampu menambat hati pengundi.

Calon-calon tersebut ialah Mohamad Ziad Mohamad dan Datuk Aminuddin Mat Hanafiah yang juga merupakan anak Tambun dan ini turut memberi kelebihan.

Katanya calon-calon baru yang lebih muda bersesuaian dengan golongan muda yang kini mempunyai kapasiti tinggi serta mampu mengubah landskap dunia politik di kawasan ini.

"Ziad bukan calang-calang orang, amat kurang calon macam Ziad yang ada pendidikan dan kemahiran agama, kemudian melanjutkan pengajian di UK (United Kingdom) dalam bidang sains.

"Pendedahan beliau dalam bidang korporat di usia 38 tahun dan latar belakang beliau...saya percaya kombinasi ini akan mampu meneruskan pembangunan di Tambun," katanya.

Sementara itu, Aminuddin pula mempunyai banyak pengalaman dalam bidang korporat dan banyak menimba pengalaman daripada Ahmad Husni sendiri.

Dun Manjoi sebelum ini dipegang selama empat penggal oleh BN yang mana Ahli Dewan Undangan Negerinya ialah Datuk Nadzri Ismail.

Nadzri yang mengumumkan untuk tidak bertanding bagi memberi laluan kepada calon baru turut yakin BN akan menang besar.

Penyandang DUN Hulu Kinta Datuk Rusnah Kassim akan bertanding di Behrang dan digantikan dengan Aminuddin.

Parlimen Tambun dengan 88,600 pengundi kini merupakan kawasan Parlimen kedua tertinggi bilangan pemilih di negeri Perak selepas Parlimen Gopeng yang mempunyai 96,272 orang pemilih sehingga 12 Mei 2012.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan