PR Tidak Akan Selesai Rebut Kerusi - Ahmad Bashah

Diterbitkan: Khamis, 18 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Pertikaian isu pembahagian kerusi antara PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Kedah tidak akan selesai sehingga hari penamaan calon Sabtu ini.

Malah Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah percaya kemelut yang membelenggu pakatan pembangkang itu bakal menyaksikan pertembungan sesama sendiri bagi merebut sesuatu kerusi.

"Mereka akan hadapi masalah sehingga hari penamaan calon, masalah mereka tidak akan selesai.

"Pastinya mereka akan tanding tiga atau empat penjuru. Pada 2008 pernah terjadi dan pada kali ini mereka akan alami situasi yang sama," katanya pada sidang media di Bangunan Tunku di sini, Khamis.

Beliau mengulas mengenai tindakan DAP yang memboikot majlis pengenalan calon Pakatan Rakyat pada Rabu ekoran tidak bersetuju dengan jumlah kerusi yang diperuntukan kepada mereka pada pilihan raya kali ini.

PAS dan PKR masing-masing mengumumkan senarai calon mereka yang akan bertanding melibatkan 15 kerusi Parlimen dan 34 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya umum akan datang.

Menerusi pengumuman secara bersama itu, PAS dan PKR hanya memperuntukan dua kerusi DUN kepada DAP walaupun parti itu sebelum ini bertegas mahu bertanding di dua kerusi Parlimen dan empat kerusi DUN.

Baki kerusi DUN yang diperuntukan kepada DAP ialah Derga dan Kota Darul Aman.

Mengulas mengenai kenyataan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak bahawa BN meletakkan calon 'tangkap muat' bertanding di DUN Sungai Limau yang turut ditandinginya, Ahmad Bashah bagaimanapun menolak dakwaan itu.

Katanya beliau yakin pemilihan sepupu Azizan sendiri iaitu Mohd Fadzillah Mohd Ali bakal memberi tentangan hebat kepadanya.

"Takkan kita pilih calon tangkap muat, kita akan pastikan dia (Mohd Fadzillah) memang ada sokongan di Sungai Limau. Perdana Menteri dan parti sudah teliti dengan baik.

"Mohd Fadzillah adalah Timbalan Ketua Umno Bahagian Jerai, kita bukan ambil tepi jalan. kita yakin dia akan dapat sokongan dan sudah pasti kita mampu bagi tentangan yang sengit kepada mereka," katanya.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan