PKR Tanding 14 Kerusi Parlimen di Sarawak

Diterbitkan: Khamis, 18 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Khamis mengumumkan tiga lagi calon untuk bertanding kerusi Parlimen di Sarawak, menjadikan 14 kerusi Parlimen yang akan ditandinginya dalam pilihan raya umum ke-13.

Tiga calon itu ialah Andy Wong Hong Yu (Julau), Willie Mongin (Mambong) dan Boniface Willy Tumek (Mas Gading).

Nama calon PKR yang diumumkan sebelum ini ialah Ketua Penerangan Negeri Baru Bian (Limbang), Ali Biju (Saratok), Abang Zulkifli Abang Engkeh (Batang Lupar), Abun Sui Anyie (Hulu Rajang), Roland Engan (Baram).

Nicholas Bawin (Lubok Antu), Thomas Laja (Kanowit), Joshua Jabeng (Selangau), Zulrusdi Hol (Santubong), Cecilia Siti Una (Betong) dan Ahmad Nazib Johari (Petra Jaya).

Sementara itu di PETALING JAYA, Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali berkata PKR akan bertanding di 102 kerusi Parlimen dan 162 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). Ini merupakan tambahan lima kerusi Parlimen daripada 97 kerusi yang ditandingi mereka pada pilihan raya umum 2008, yang penambahan itu lebih bertumpu di Sabah dan Sarawak.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis penyerahan watikah pencalonan oleh Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mohamed Azmin yang akan mempertahankan kerusi Parlimen Gombak dan DUN Bukit Antarabangsa berkata terdapat satu atau dua kerusi lagi yang belum dimuktamadkan. Beliau berkata pakatan pembangkang terpaksa mengambil masa untuk mencapai kata sepakat dalam menentukan calon dan kerusi yang bakal ditanding.

Antara kerusi yang masih dibincang ialah kerusi Parlimen Labuan dengan PAS, katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan