Pengundi Wanita Lebih Ramai Berbanding Lelaki - SPR

Diterbitkan: Khamis, 18 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Statistik Daftar Pemilih yang akan digunakan pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) bulan depan menunjukkan pengundi wanita lebih ramai berbanding lelaki.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata jumlah pengundi wanita ialah seramai 6,664,474 (50.23 peratus) manakala pengundi lelaki 6,603,528 (49.77 peratus).

"Negeri tertinggi bilangan pengundi wanita ialah Kedah, diikuti Perlis dan Kelantan," katanya pada sidang akhbar mengenai hari penamaan calon, di sini Khamis.

Sementara itu, beliau menasihati pengundi supaya tidak membenarkan mana-mana pihak melihat kad pengenalan masing-masing, kecuali semasa di pusat pengundian.

"Pada hari pengundian, hanya pegawai SPR yang dilantik sahaja berhak meminta kad pengenalan. Jangan beri kepada sesiapa selagi belum sampai di pusat pengundian walaupun mendakwa dia pegawai SPR," katanya.

Beliau mengulas laporan mengenai terdapat pihak tertentu yang dikatakan mahu menganggu proses pengundian dengan meminta pengundi menunjukkan kad pengenalan masing-masing.

SPR turut menegaskan bahawa pihak polis akan mengambil tindakan terhadap pihak yang cuba menimbulkan kekacauan itu, katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan