Pengerusi DAP Kedah Digugurkan Daripada Senarai Calon

Diterbitkan: Khamis, 18 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

 Lee Guan Aik
Lee Guan Aik

ALOR SETAR: Pengerusi DAP Kedah, Lee Guan Aik telah digugurkan sebagai calon dan sekaligus beliau tidak akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Darul Aman yang disandangnya.

Beliau mengesahkan perkara tersebut melalui perbualan telefon, bahawa ada calon lain telah dinamakan bagi kerusi berkenaan.

Lee berkata beliau akan bersara demi kepentingan Pakatan Rakyat di Kedah.

Sebelum ini Lee sering dilihat tidak bersetuju dengan pucuk pimpinan DAP kerana desakannya yang meminta parti itu bertanding lebih banyak kerusi di Kedah.

Ketua Penerangan DAP Kedah, Dr Lim Sin Keat yang juga seorang doktor gigi tempatan telah mengesahkan bahawa pucuk pimpinan parti telah mencadangkan namanya sebagai calon kerusi DUN Kota Darul Aman, namun sehingga kini beliau masih belum membuat sebarang untuk bertanding atau tidak.

"Ini merupakan satu kejutan kepada saya, saya akan bertemu dengan pimpinan DAP Kedah dan saya akan umumkan keputusan saya pada Jumaat," kata Dr Lim dalam temu bual melalui telefon kepada The Star.

Sementara itu, Pengerusi Dapsy Kedah, Teoh Boon Kok telah dicadangkan sebagai calon DUN Derga.

Teoh juga masih belum mengesahkan sama ada akan bertanding atau sebaliknya.

Beliau turut akan mengumumkan keputusannya pada Jumaat.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan