Parti Bersama Umum Tanding Di Parlimen Alor Setar, DUN Bakar Bata

Diterbitkan: Khamis, 18 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Parti Bersatu Sasa Malaysia (Bersama) akan bertanding di kerusi Parlimen Alor Setar dan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bakar Bata di Kedah pada pilihan raya umum kali ini.

Timbalan Presidennya bagi Semenanjung Malaysia, Jawahar Raja Abdul Wahid berkata kedua-dua kerusi itu akan ditandingi beliau sendiri.

"Pencalonan saya ini mendapat restu pucuk pimpinan parti," katanya pada sidang media, di sini Khamis.

Menurut Jawahar, ini merupakan kali pertama parti Bersama yang diasaskan di Sabah itu bertanding di Semenanjung.

Barisan Nasional (BN) meletakkan penyandang Datuk Seri Chor Chee Heung untuk mempertahankan kerusi Parlimen Alor Setar manakala pembangkang pula mencalonkan Pengerusi Undang-undang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Gooi Hsiao Leung.

Bagi DUN Bakar Bata, BN mencalonkan penyandang Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah dan akan ditentang calon PKR Mohd Eekmal Ahmad. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan