Pakar Bedah Diumum Wakil DAP Di Kampar

Diterbitkan: Khamis, 18 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: DAP pada Khamis mengumumkan pakar bedah, Dr Ko Chung Sen sebagai calon yang akan bertanding di Parlimen Kampar mewakili DAP dan Pakatan Rakyat.

Pengumuman itu dibuat oleh Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming.

"Dengan bangganya dan kebenaran pucuk pimpinan parti saya mengumumkan Dr Ko Chung Sen seorang pakar bedah hati di Ipoh yang disayangi ramai dan oleh pesakit-pesakitnya akan mewakili DAP dan bertanding di Parlimen kampar pada kali ini," katanya pada sidang media selepas melancarkan Bilik Gerakan DAP Dewan Undangan Negeri (DUN) Kepayang dekat sini, Khamis.

Nga berkata Dr Ko yang dikenali ramai kerana kepakarannya merupakan calon 'heavyweight' yang akan membantu DAP dan Pakatan Rakyat ke Putrajaya.

Dr Ko akan berhadapan dengan penyandang Parlimen Kampar Datuk Lee Chee Leong (MCA).

Pada sidang media yang sama, Nga turut mengumumkan dirinya bertanding di DUN Kepayang yang dianggap sebagai DUN yang sukar ditawan.

Katanya, DUN tersebut mempunyai ramai pengundi pos dan mempunyai paling ramai pengundi panjang umur berbanding kawasan lain di seluruh Malaysia.

"DUN Kepayang dipandang sebagai kerusi kritikal dan bukan senang untuk ditawan.

"Ini adalah satu cabaran sengit tetapi sebagai pemimpin DAP saya sanggup mengharungi segala cabaran demi memenuhi misi dan aspirasi Pakatan Rakyat untuk menubuhkan kerajaan baru bukan sahaja di Perak tetapi juga Putrajaya," katanya.

Nga adalah penyandang Parlimen Taiping apabila mengalahkan Datuk M Kayveas dengan 11,298 undi pada pilihan raya 2008.

Sementara itu Dr Ko berkata diberi peluang bertanding oleh parti adalah satu penghormatan.

Katanya, beliau akan membantu penduduk yang mahukan perubahan dan akan membasmi rasuah melalui proses demokrasi.

"Sekurang-kurangnya saya mahu beri platform untuk penduduk bercakap. Saya hanya minta mereka undi untuk perubahan.

"Kadang-kadang jika mahukan perubahan, kena tukar pengurus atau 'CEO'nya. Banyak syarikat telah melakukannya," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan