Nik Abduh Akui Tumpang Populariti Bapa

Diterbitkan: Khamis, 18 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Nik Abduh Nik Abdul Aziz
Nik Abduh Nik Abdul Aziz

MACHANG: Calon PAS Kelantan bagi kerusi Parlimen Pasir Mas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz mengakui menumpang populariti bapanya, Nik Abdul Aziz Nik Mat yang merupakan Mursyidul Am PAS dan Menteri Besar.

"Bagi saya, saya adalah anak, dan sahabat-sahabat lain yang baru (calon PAS) adalah anak murid. Insya-Allah semuanya akan menumpang populariti Tok Guru (Nik Aziz).

"Kita sebagai anak murid adalah sama sahaja dan saya yakin rakyat Kelantan menerima saya sebagai pejuang parti PAS dan bukannya sebagai anak kepada Tok Guru," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pengumuman calon PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Kelantan untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) di sini, lewat malam Rabu.

Nik Abduh buat kali pertama dicalonkan untuk bertanding di Parlimen Pasir Mas, bagi merampas kerusi yang disandang oleh Datuk Ibrahim Ali.

Ditanya jika rakyat memilih beliau berdasarkan pengaruh bapanya Nik Aziz yang begitu kuat di Kelantan, beliau berkata, ia adalah pandangan pengundi masing-masing dalam membuat pilihan pada PRU-13.

Nik Abduh berkata, beliau bersama calon-calon yang lain akan berjuang mempertahankan Kelantan dan menyeru seluruh rakyat di negeri itu untuk mengundi Pakatan Rakyat bagi menawan Putrajaya.

Mengenai pencalonannya di Parlimen Pasir Mas yang disandang oleh Ibrahim disifatkan sebagai 'kerusi panas' pada pilihan raya, Nik Abduh berkata:

"Saya setuju (akui) dan insya-Allah saya akan mempertahankan kerajaan negeri Kelantan dan merampas Parlimen Pasir Mas.

"Sekarang mood rakyat Kelantan adalah untuk mengambil balik Pasir Mas. Saya yakin jentera parti akan bersama-sama berusaha untuk memenangi kerusi itu," katanya.

Pengumuman Nik Abduh sebagai calon bagi kerusi Parlimen Pasir Mas menyaksikan persaingan tiga penjuru antara Ibrahim yang akan bertanding sebagai calon bebas dan wakil Barisan Nasional (BN), Che Johan Che Pa.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan