Muhyiddin Pikat Masyarakat Putatan Melalui Program Tinjauan Mesra

Diterbitkan: Khamis, 18 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTATAN: Manifesto Barisan Nasional (BN) yang mengutamakan kepentingan dan harapan rakyat, didekatkan lagi kepada mereka, melalui semangat program 1Malaysia turun padang pemimpin, menjelang pilihan raya umum ke-13, 5 Mei ini.

Pada Khamis, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meluangkan masa daripada kesibukan jadual lawatannya ke Sabah, untuk melakukan tinjauan mesra di Tamu (Bazar) Putatan selama satu jam sebelum melawat Paitan, Beluran dan Sandakan, suatu tindakan yang mencerminkan konsep sebenar 1Malaysia.

Muhyiddin yang diiringi Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, calon B Nbagi kawasan Parlimen Putatan Datuk Marcus Mojigoh dan calon kerusi negeri Petagas Datuk Seri Yahya Hussin, bersalaman mesra dengan para peniaga kecil dan orang ramai di bazar itu.

"Ia suatu kejutan buat kami. Seingat saya, tidak pernah saya dengar atau berjumpa dengan seorang timbalan perdana menteri datang berkunjung ke bazar ini sebelum ini.

"Saya gembira kerana akhirnya saya berpeluang juga bertemu dengan beliau dan saya sungguh tersentuh dengan sikap rendah diri dan kesederhanaan beliau. Saya tidak sangka seorang pemimpin hebat seperti timbalan perdana menteri sanggup meninjau pasar kami...inilah jenis pemimpin yang kami mahukan," katanya.

Maruf, 52 tahun, berasal dari Kampung Ketiau, berkata para pemimpin B Nbenar-benar mempraktikkan konsep 1Malaysia, yang dicetuskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, dengan turun ke padang untuk mendengar sendiri rungutan dan masalah peniaga kecil dan penduduk Putatan.

"Saya boleh lihat perbezaan antara pemimpin BN dan pembangkang. Perdana menteri kita (Najib) dan timbalan perdana menteri (Muhyiddin) benar-benar ikhlas dalam memperjuang nasib rakyat.

"Kesederhanaan dan sikap rendah diri mereka semasa menyapa rakyat biasa, amat menyentuh hati saya. Saya berharap BN akan terus memerintah selepas PRU13," katanya.

Seorang pemimpin komuniti Putatan, Othman Abdul Hamid berkata terdapat perubahan besar dalam pendekatan BN menangani dan menyelesaikan pelbagai isu yang dihadapi rakyat, terutama selepas pilihan raya umum 2008.

"Para pemimpin BN sentiasa turun padang dan mendengar keluhan dan aduan rakyat. Ini merupakan dimensi baharu bagi Malaysia, dan pada pilihan raya umum ini saya amat yakin BN akan terus menjadi pilihan nombor satu, terutama di Sabah.

"Bagi kerusi negeri Petagas, penyandang Datuk Yahya Hussin masih merupakan pilihan terbaik bagi kami. Beliau banyak melakukan usaha merubah Putatan daripada sebuah pekan koboi menjadi perbandaran kosmopolitan," kata bekas wartawan penyiaran RTM itu. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan