Muhyiddin Mahu Rakyat Sabah Tolak Pembangkang

Diterbitkan: Khamis, 18 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TUARAN: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengajak rakyat Sabah menolak pembangkang yang hanya pandai membohongi mereka tanpa memikirkan usaha membela nasib dan masa depan mereka.

Beliau berkata rakyat perlu sedar perkara ini kerana pakatan pembangkang yang dipimpin Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya mempunyai agenda peribadi untuk menjadi perdana menteri.

Muhyiddin juga mengingatkan rakyat supaya tidak mudah terpengaruh dengan kenyataan pemimpin pembangkang itu yang begitu lantang mahu menukar kerajaan.

"Kenapa kita harus tukar kerajaan...kenapa mahu tukar...tukar kita harus kepada sesuatu yang lebih baik...kerajaan BN sudah baik kenapa perlu tukar kerana kita kerajaan yang baik bukan hari ini tetapi sudah sekian lama dalam mentadbir negara," katanya ketika berucap pada majlis bersama rakyat Tuaran di Dewan Sri Sulaman di sini, malam Rabu.

Turut hadir isteri beliau Puan Sri Norainee Abdul Rahman dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman dan calon Parlimen Tuaran yang juga setiausaha agung Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko), Datuk Wilfred Madius Tangau yang akan bertanding mewakili BN pada pilihan raya ke-13 ini.

Beliau menjelaskan bahawa rakyat harus menolak Anwar kerana sifat kerakusannya mengejar kuasa politik berbanding usaha membela nasib rakyat.

Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata kerajaan BN di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mencapai 'keadaan luar biasa' dalam usaha mengubah nasib rakyat di negara ini selain pendekatan turun padang pemimpin termasuk beliau dan Najib.

Beliau berkata kerajaan BN merupakan kerajaan yang harus dipilih rakyat atas dasar menepati janji termasuk melaksanakan program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang membantu 4.2 juta isi rumah akan diteruskan sebagai initiatif tahunan yang akan ditingkatkan sehingga RM1,200 secara berperingkat-peringkat.

Katanya, kerajaan juga telah melaksanakan penyeragaman harga di Sabah dan Sarawak bagi membantu meringankan beban rakyat di kedua-dua negeri itu selain mengawal harga bekalan keperluan asas keperluan.

Beliau turut menjelaskan berdasarkan pengalamannya selama 40 tahun dalam politik, rakyat Sabah harus menilai dengan bijak kemampuan pembangkang yang telah melontarkan manifesto mereka yang mustahil malahan boleh mengakibatkan negara bankrap sedangkan negeri Selangor yang ditadbir mereka gagal menunaikan janji yang dibuat dengan rakyat.

Pada majlis itu, 246 bekas penyokong pembangkang menyerahkan borang keanggotaan menyertai BN kepada Muhyiddin. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan