Lima Ahli Parlimen DAP Wilayah Persekutuan Dikekalkan Sebagai Calon

Diterbitkan: Khamis, 18 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: DAP mengekalkan ramai muka lama untuk bertanding di kerusi Parlimen di ibu negara pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Selepas mencatat kejayaan pada pilihan raya umum 2008 apabila memenangi kesemua lima kerusi yang ditandingi, DAP akan menurunkan calon sama pada kali ini.

Antara yang akan bertanding semula adalah Tan Seng Giaw (Kepong), Lim Lip Eng (Segambut), Fong Kui Lun (Bukit Bintang), Teresa Kok (Seputeh) dan Tan Kok Wai (Cheras).

Daripada kelima-lima pemimpin itu, Seng Giaw antara yang paling lama memegang jawatan sebagai Ahli Parlimen iaitu selama tujuh penggal.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng turut mengumumkan bekas Ahli Parlimen Teluk Intan, M.Manogaran akan bertanding di kerusi Parlimen Cameron Highlands.

Manogaran akan berdepan Presiden MIC, Datuk G Palanivel.

"Saya tahu orang ramai akan bertanya mengapa Manogaran dicalonkan walaupun dia bukan dari Cameron Highlands, tetapi saya ingin tegaskan bahawa Palanivel juga bukan berasal dari situ, jadi tiada kelebihan.

"Walaupun isteri Manogaran sebenarnya berasal dari Cameron Highlands, itu bukan persoalan kita akan bangkitkan pada kempen pilihan raya.

"Mari jadikan ia pertandingan idea, ideal dan polisi," kata Lim pada sidang media di sini, Khamis.

Sementara itu, Naib Presiden DAP, M.Kulasegaran berkata parti itu tidak bimbang mengenai laporan PSM mungkin akan bertanding di kerusi tersebut sebagai calon bebas.

Senarai calon DAP bagi Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur:

1. Kepong - Tan Seng Giaw

2. Segambut - Lim Lip Eng

3. Bukit Bintang - Fong Kui Lun

4. Seputeh - Teresa Kok Suh Sim

5. Cheras - Tan Kok Wai

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan