Kohilan Nafi 'Beli' Keputusan Akademiknya, Kemuka Bukti

Diterbitkan: Khamis, 18 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Kohilan Pillay
Kohilan Pillay

KUALA LUMPUR: Naib Presiden Gerakan A. Kohilan Pillay hari ini mengemukakan tesis ijazah sarjananya serta transkrip keputusan peperiksaan ijazah sarjana mudanya sebagai bukti kelulusan universitinya bukan dibeli.

Kohilan mengemukakan bukti-bukti itu pada sidang akhbar di ibu pejabat parti itu di sini bagi menafikan dakwaan Ketua Strategi Pilihan Raya DAP Ong Kian Ming semalam bahawa kelulusan universiti beliau dan empat lagi calon Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding di Selangor pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) telah dibeli.

Kohilan lulus Ijazah Sarjana Sains Ekonomi Perindustrian dari University Pacific Western, Amerika Syarikat pada 1992, setahun selepas memiliki ijazah sarjana muda ekonomi dari University Connaught, Ireland.

University Pacific Western hanya ditutup kerana didapati menjual ijazah setelah 14 tahun beliau tamat pengajiannya, kata Timbalan Menteri Luar itu.

Untuk itu, Kohilan mahu Ong meminta maaf atas dakwaan palsunya terhadap taraf pendidikannya dan tidak menolak kemungkinan akan mengambil tindakan undang-undang sekiranya perkara itu terus berlarutan. Kohilan, yang akan bertanding kerusi Parlimen Puchong, berkata beliau telah melanjutkan pelajaran ke luar negara selepas tamat pengajian Tingkatan Enam pada 1987.

Saya memperolehi semua kelulusan akademik ini dengan belajar bersungguh-sungguh, jadi dakwaan saya membeli kelulusan ini adalah tidak benar sama sekali," katanya.

Beliau juga berkata selepas memperoleh ijazah sarjananya pada 1992, "saya menjadi pensyarah Ekonomi dan Statistik di Kolej Stamford sehingga tahun 2008, malah pernah menulis dua buah buku mengenai ekonomi bagi pelajar STPM (Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia)." -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan