Cuaca Diramal Cerah Semasa Penamaan Calon

Diterbitkan: Khamis, 18 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Cuaca diramalkan cerah pada pagi Sabtu ini (20 April) di kebanyakan tempat di seluruh negara iaitu pada hari penamaan calon bagi pilihan raya umum ke-13.

Menurut laman web Jabatan Meteorologi, hujan sekejap-sekejap diramalkan di tiga kawasan Parlimen di Melaka iaitu Bukit Katil, Kota Melaka dan Jasin.

Di Pulau Pinang pula dijangka mendung dan hujan di kebanyakan tempat pada sebelah pagi dan diikuti cerah pada waktu petang, manakala beberapa tempat di Johor pula dijangka mendung pada waktu pagi.

Proses penamaan calon akan bermula 9 pagi. -BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan