Berebut Kerusi Bukti Kepincangan Pakatan Pembangkang - Muhyiddin

Diterbitkan: Khamis, 18 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BELURAN: Perebutan dalam kalangan parti pakatan pembangkang untuk bertanding di kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) menunjukkan kepincangan mereka dan tiada muafakat.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kalangan parti pembangkang kini berebut-rebut untuk meletakkan calon mereka disebabkan pemimpin masing-masing ingin menjadi perdana menteri.

Katanya walaupun dahulu kalangan mereka mendakwa ada persetujuan tetapi apabila tiba pilihan raya umum, masing-masing menyifatkan tidak terikat dengan persetujuan itu.

"Ini menunjukkan mereka tiada muafakat, berebut-rebut ingin mendapatkan kerusi Parlimen dan DUN. Masing-masing mahu menjadi Perdana Menteri, jadi kalau parti mereka menang banyak mereka ada hak menuntut menjadi Perdana Menteri

"Sebab itu Parti Keadilan Rakyat mahu bertanding, DAP mau bertanding, PAS nak tanding walaupun dahulunya ada persetujuan tetapi masing-masing fikir itu tidak terikat," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Pelan Transformasi Pendidikan Sekolah Pedalaman Sabah dan Sarawak di Pentas Rakyat Paitan di sini Khamis.

Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata berbeza dengan BN, kalangan parti komponennya sepakat dalam soal pemilihan calon dan dalam menentukan pembahagian kerusi Parlimen dan DUN.

Katanya soal persefahaman dan permuafakatan menjadi perbezaan besar antara BN dan pakatan pembangkang.

"BN mementingkan persefahaman dan permuafakatan dalam apa juga keputusan bagi memastikan kemenangan setiap calon mewakili BN," katanya.

Mengenai calon parti pakatan pembangkang di Sabah yang akan bertanding lebih seorang di kerusi Parlimen dan DUN tertentu, Muhyiddin berkata BN tidak gentar dan bersedia menghadapi mereka.

Katanya lebih ramai calon pembangkang yang bertanding lebih meriah tetapi calon BN hanya seorang di setiap kerusi Parlimen dan DUN.

Penamaan calon bagi pilihan raya umum ke-13 ditetapkan Sabtu ini dan pengundian 5 Mei. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan