Zulkifli Nordin Mampu Leraikan Doktrin Kebencian Disemai Pembangkang - Mohd Zin

Diterbitkan: Rabu, 17 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Datuk Zulkifli Noordin adalah calon terbaik bagi Barisan Nasional (BN) meleraikan doktorin kebencian disemai pembangkang kepada pengundi di Parlimen Shah Alam, kata Timbalan Pengarah Pilihan Raya BN Selangor Datuk Seri Mohd Zin Mohamed.

Beliau berkata latar belakang Zulkifli yang pernah terlibat dengan pembangkang memudahkan bekas anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu itu menerangkan kepada penduduk di sini tentang penipuan pembangkang seterusnya memberi kelebihan kepada BN memenangi hati pengundi di kawasan Parlimen itu.

"Zulkifli mempunyai peluang yang lebih baik kerana beliau amat memahami fahaman ekstremis diterap pembangkang sehingga mereka menjadi penyokong tegar yang langsung tidak percaya apa sahaja yang keluar daripada orang BN. Pengetahuan ini membuka jalan kepada beliau meleraikan kebencian itu.

"Beliau memahami Khalid Samad (penyandang kerusi Parlimen Shah Alam) kerana datang daripada latar belakang sama dahulu. Tetapi bezanya sekarang Zulkifli sudah insaf dan tahu apa dibuat pembangkang itu salah, jadi sekarang dia tidak mahu rakyat tertipu," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. Semalam, Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Zulkifli yang juga Naib Presiden Perkasa sebagai calon rakan BN di Parlimen Shah Alam.

Mohd Zin turut kesal dengan tindakan pembangkang yang cuba menyerang keperibadian Zulkifli dengan apa yang telah dilakukannya pada masa lampau ketika bersama pembangkang.

"Bila dia keluar pembangkang dan telah menyatakan keinsafan, sampai minta maaf kepada orang terlibat secara terbuka, baru pembangkang 'attack' (serang) dia. Kalau tak betul kenapa tak 'attack' masa dalam pembangkang?" tanya beliau.

Bulan lepas dalam sebuah majlis di Pasir Mas, Kelantan yang dihadiri kira-kira 15,000 orang, Zulkifli membuat permohonan maaf kepada Tun Dr Mahathir Mohamad kerana telah mencaci bekas Perdana Menteri itu ketika beliau masih bersama pembangkang.

Ditanya tentang dakwaan DAP bahawa lima calon BN di Selangor mempunyai kelulusan palsu, Mohd Zin meminta parti itu mengemukakan bukti yang jelas dan bukan membuat tuduhan secara melulu.

"Kita tidak sesuka hati meletakkan calon, setiap calon kita ada 'credential' (surat tauliah). Kita telah lakukan penyelidikan terperinci setiap calon sebelum mereka dipilih. Rakyat bebas untuk meneliti calon kita, kita sentiasa terbuka kepada rakyat," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan