Umno Sabah Bertanding 14 Kerusi Parlimen, 32 DUN

Diterbitkan: Rabu, 17 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Umno Sabah melakukan perubahan di tiga kerusi Parlimen dan enam kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang disifatkan Pengerusi Badan Perhubungannya, Datuk Seri Musa Aman sebagai kombinasi calon berpengalaman dan muka baru yang dinamik.

Seperti yang dijangka, Umno mendapat 14 daripada 25 kerusi Parlimen dengan tambahan kerusi Sepanggar di samping akan mempertahankan 32 kerusi DUN sedia ada.

Ahli perniagaan, Datuk Jumat Idris merupakan pilihan Umno untuk bertanding di Sepanggar yang dimenangi Parti Progresif Sabah (SAPP) yang memutuskan keluar dari Barisan Nasional (BN) selepas Pilihan Raya Umum 2008.

Naib Ketua Wanita UMNO negeri, Datuk Azizah Mohd Dun dipilih untuk bertanding di kerusi Parlimen Beaufort.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lahad Datu Datuk Nasrun Datu Mansor dipindahkan ke kerusi Parlimen Silam menggantikan Salleh Kalbi.

Kerusi tersebut dimenangi oleh Datuk Lajim Ukin pada 2008 yang mengumumkan keluar dari Umno pada September lalu dan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Musa berkata Umno akan mengumumkan calin untuk kerusi Tenom pada Selasa selepas beberapa isu diselesaikan.

Bekas Ketua Menteri Datuk Salleh Tun Said akan bertanding semula pada pilihan raya kali ini. Beliau diletakkan di kerusi DUN Usukan.

Sementara itu, ahli perniagaan, Datuk Yusof Apdal yang juga adik kepada Naib Presiden parti Datuk Mohd Shafie Apdal akan bertanding di kerusi DUN Lahad Datu.

Shafie pula akan mempertahankan kerusi Parlimen Semporna.

Bekas Setiausaha Politik Shafie, Datuk Jaujan Sambukong dipertaruhkan untuk bertanding di Sulabayan manakala Datuk James Ratib di Sugut.

Umno Sabah turut menggantikan Datuk Karim Bujang di kerusi Bongawan dengan seorang peguam Mohamad Alamis yang juga Ketua Pemuda Umno Kimanis.

Ahli Perniagaan Isnin Aliasmih pula diletakkan di kerusi DUN Klias menggantikan Azizah.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan