Terengganu Dijangka Isytihar 5 Mei Sebagai Cuti Umum - Ahmad Said

Diterbitkan: Rabu, 17 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Terengganu dijangka mengisytiharkan hari pengundian 5 Mei ini sebagai cuti umum, kata Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said.

Beliau berkata satu mesyuarat khas akan diadakan dalam masa terdekat bagi membincangkan perkara itu.

Walaupun 5 Mei adalah hari Ahad tetapi ia merupakan hari bekerja di Terengganu dan pemberian cuti akan memudahkan penjawat awam di negeri ini menunaikan tanggungjawab untuk mengundi, katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Sambutan Hari Kualiti 2013 di Stadium Negeri di sini Rabu.

Sementara itu, Menteri Besar berkata penampilan semula tokoh berpengalaman parti untuk bertanding pada pilihan raya umum ke-13 ini adalah signifikan bagi memperkuatkan benteng Barisan Nasional (BN) negeri. "Pemilihan semula seperti Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid (DUN Cukai) untuk bertanding kali ini kerana beliau sebelum ini mempunyai rekod dengan meraih undian terbanyak ketika bertanding di DUN Air Putih pada tahun 2004.

"Kita juga sudah maklumkan pilihan raya ini melibatkan parti bukan individu, calon akan bertukar ganti tetapi parti mesti diperjuangkan. Kita tidak boleh sentimental dan emosi dalam perkara ini, perjuangan mesti diteruskan," katanya.

Pengumuman calon BN Terengganu semalam menyaksikan penampilan semula Datuk Dr Rosli Mat Hassan bagi kerusi Parlimen Dungun, Datuk Che Mat Jusoh di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Buruk, Wan Ahmad Nizam (DUN Cukai), Datuk Tengku Putera Tengku Awang (DUN Kuala Berang) dan Zaidi Muda (DUN Bukit Payung).

Terdahulu dalam ucapannya, Menteri Besar menegaskan kepada penjawat awam negeri supaya menghormati dasar kerajaan meskipun berbeza fahaman politik bagi menghadapi pilihan raya tidak lama lagi.

"Tugas kita sebagai penjawat awam adalah menyokong dan menghormati kerajaan yang memerintah walaupun berbeza fahaman politik," katanya.

Pada majlis itu, 84 kakitangan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu menerima Anugerah Khidmat Cemerlang bagi tahun 2012. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan