Rakyat Labuan Perlu Sokong BN Untuk Pastikan Kemajuan Industri Minyak - Muhyiddin - Berita Semasa | mStar

Rakyat Labuan Perlu Sokong BN Untuk Pastikan Kemajuan Industri Minyak - Muhyiddin

Diterbitkan: Rabu, 17 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LABUAN: Rakyat Labuan perlu terus memberi sokongan kepada Barisan Nasional (BN) supaya kemajuan yang dicapai dalam industri minyak dan gas dapat diteruskan, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata di bawah pemerintahan kerajaan BN, banyak syarikat terkemuka memilih untuk berpangkalan di Labuan sehingga menjadikan wilayah itu hab minyak dan gas terkemuka di rantau itu. "Labuan adalah wilayah yang amat istimewa kepada kerajaan persekutuan dan tentunya pembangunan ini tidak akan terhenti selagi BN memberi tumpuan untuk terus memajukannya.

"Labuan mempunyai potensi yang sangat besar dengan kedudukan lokasinya yang amat strategik dan masa depannya adalah cerah di bawah BN," katanya sambil disambut dengan sorakan penyokong-penyokong BN. Muhyiddin berkata demikian semasa berucap merasmikan terminal teksi dan bas Labuan, di sini, Rabu.

Turut hadir ialah isterinya Puan Sri Norainee Abdul Rahman, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, calon BN Parlimen Labuan Rozman Isli dan Pemangku Ketua Umno Bahagian Labuan Senator Datuk Yunus Kurus.

Selain itu, Muhyiddin juga berkata kerajaan sentiasa prihatin dan berusaha menyediakan kemudahan terbaik di wilayah itu setanding apa yang dinikmati rakyat di Semenanjung. "Kerajaan yang sedia ada di sini akan terus diperkasakan melalui pendekatan inovatif dan transformasi ke arah standard yang tinggi dalam memberikan perkhidmatan yang berkualiti kepada penduduk," katanya.

Mengulas mengenai pembinaan terminal bas dan teksi itu, Muhyiddin berkata ia adalah langkah tepat ke arah mewujudkan sistem pengangkutan awam yang terancang dan teratur sekaligus mengurangkan kesesakan di pusat bandar Labuan yang semakin meruncing. Selain itu, terminal itu yang mula beroperasi pada 15 Mac lalu dan berharga RM5.8 juta diharap dapat mengurangkan masalah penduduk Labuan untuk mendapatkan pengangkutan awam ekoran tiada pusat sehenti bagi teksi dan bas sebelum ini.

Terminal itu juga dapat menyelesaikan masalah mendapatkan pengangkutan awam dihadapi penduduk setempat selain berpotensi menjadi faktor penarik kepada pertumbuhan ekonomi kerana kedudukannya yang mudah diakses.

Ucapan Muhyiddin juga mendapat sorakan dan tepukan gemuruh apabila beliau berkata: "Sekarang ini bangun tidur ingat BN, bersiar-siar dengan girlfriend ingat BN, jalan dengan keluarga ingat BN. Pendek kata, fikirkan BN!"

Sementara itu, Raja Nong Chik dalam ucapannya berkata BN tidak pernah meminggirkan Labuan dan penting untuk ia terus ditadbir oleh BN untuk melengkapi dua lagi wilayah persekutuan iaitu Kuala Lumpur dan Putrajaya.

"Rugi jika Labuan jatuh ke tangan pembangkang yang tidak diketahui apakah agenda mereka yang sebenar," katanya. -BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan