PSM Tetap Ingin Bertanding, Fleksibel Penggunaan Lambang

Diterbitkan: Rabu, 17 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Setiausaha Agung PSM, S. Arutchelvan.
Setiausaha Agung PSM, S. Arutchelvan.

KUALA LUMPUR: Parti Sosialis Malaysia (PSM) sedia untuk berkompromi dengan Pakatan Rakyat mengenai penggunaan lambang parti itu pada pilihan raya umum kali ini tetapi tetap ingin bertanding di satu kerusi Parlimen dan tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Setiausaha Agung PSM S. Arutchelvan berkata, keputusan itu dibuat selepas mesyuarat tergempar bersama 93 wakil yang bersetuju untuk berkompromi supaya mengelakkan pertembungan tiga penjuru di kerusi masing-masing.

"Kami berharap perkara itu akan diselesaikan selepas mesyuarat dengan pemimpin Pakatan Rakyat lewat hari ini (Selasa), " katanya pada sidang media di sini, pagi Selasa.

Kerusi yang dimaksudkannya adalah Parlimen Sungai Siput dan DUN Jelapang di Perak manakala DUN Semenyih dan Kota Damansara di Selangor.

Beliau berkata PSM akan mempertaruhkan calonnya tanpa mengira hasil rundingan bersama pemimpin Pakatan Rakyat nanti.

Menurut Arutchelvan, PSM akan meminta Pakatan supaya mempertimbangkan niat mereka untuk menurunkan calon di kerusi Parlimen Cameron Highlands.

Katanya, PSM turut memutuskan untuk tidak membenarkan bukan ahli parti menggunakan lambang parti mereka untuk bertanding pada pilihan raya kali ini selepas menerima beberapa permintaan dari Sabah, Sarawak, Johor, Perak dan Negeri Sembilan.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan