PRU-13: Penduduk Kesal Anwar Tidak Hadir Ceramah di Segamat

Diterbitkan: Rabu, 17 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEGAMAT: Sebahagian penonton bertindak 'angkat kaki' selepas calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Parlimen Segamat Datuk Chua Jui Meng mengumumkan Penasihat parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak dapat hadir pada ceramah yang diadakan di sini malam Selasa.

Anwar yang diuar-uarkan melalui beberapa poster di sekitar Segamat akan memberi ceramah di dua kawasan di sini diberitahu sedang sibuk mempengerusikan mesyuarat parti itu di Kuala Lumpur.

"Saya minta maaf kerana Datuk Seri Anwar tidak dapat sampai kerana mesyuarat Pakatan Rakyat masih belum tamat lagi.

"Tetapi beliau berjanji akan datang berjumpa orang Segamat sebelum 5 Mei nanti," ujar Chua sebelum memulakan ceramah, di Taman Yayasan, malam Selasa.

Bagaimanapun, selesai saja pengumuman tersebut sebahagian penonton yang rata-ratanya penduduk tempatan mula beredar daripada lokasi dengan perasaan kecewa tanpa mendengar ceramah daripada Jui Meng.

Turut hadir pada ceramah tersebut Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Bekas Timbalan Panglima Tentera Darat Leftenan Jeneral Ghafir Abdul Hamid dan Naib Ketua PKR Negeri, Hassan Karim.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan