PRU-13: Menjelang Hari Penamaan Calon, PAS N.Sembilan Tukar Calon

Diterbitkan: Rabu, 17 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Menjelang hari penamaan calon pada Sabtu, PAS Negeri Sembilan bertindak menggugurkan seorang calonnya iaitu di kerusi Parlimen Tampin dan menggantikan dengan calon lain.

Pesuruhjaya PAS Negeri Mohamad Taufek Abd Ghani berkata Yang Dipertua PAS Tampin Zakaria Khalim yang dicalonkan sebelum ini dan dijangka berdepan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Shaziman Abu Mansor di kerusi itu, digantikan dengan Razakek Abdul Rahim.

"Kedua-dua nama tersebut (Zakaria dan Razakek) berada dalam senarai pendek untuk kerusi Parlimen Tampin tapi menjelang saat-saat akhir ini kita berbincang semula mengenai calon yang lebih sesuai. "Kita mendapati Zakaria tidak bersedia menjadi calon pada pilihan raya ini jadi kita tukar kepada calon nombor dua dalam senarai kerusi itu iaitu Razakek," katanya ketika dihubungi di sini, Rabu.

Katanya, perkara itu juga telah dimaklumkan dan dipersetujui oleh pimpinan tertinggi PAS.

Rabu lalu, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mengumumkan Zakaria sebagai calon di kerusi Parlimen Tampin bersama calon untuk kerusi Jelebu dan Jempol.

Pada PRU 2008 Razakek mewakili PAS tewas kepada Shaziman di kerusi Parlimen Tampin dengan majoriti 13,079 undi, sementara Zakaria yang bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Gemencheh pada PRU sama tewas kepada calon BN Mohd Kamil Abd Aziz dengan majoriti 3,241. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 21 April 2017 6:00 PM

Pasir Dan Emas Rupanya Sesuai Bersama

Jumaat, 21 April 2017 4:51 PM

Salman Khan Hentikan Acara Untuk Hormati Azan

Jumaat, 21 April 2017 4:30 PM

Julia Perez Semakin Kritikal

Jumaat, 21 April 2017 11:38 AM

Berbaju Pengantin Di Sisi Keranda Suami

Khamis, 20 April 2017 6:16 PM

Hatta Komen 'Lambakan' Pereka Fesyen Baharu

Khamis, 20 April 2017 5:30 PM

Naja Bollywood Dilamar Komposer Janam Janam

Khamis, 20 April 2017 4:30 PM

Hefny Sahad 'Tapau' Semua

Khamis, 20 April 2017 2:54 PM

Sindiket Antarabangsa Tumpas

Khamis, 20 April 2017 12:45 PM

Perlawanan Bola Sepak Berakhir Tragedi

Kolumnis

iklan

Iklan