PRU-13: Kelantan Umum Cuti Peristiwa Pada 5 Mei

Diterbitkan: Rabu, 17 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Kelantan mengisytiharkan cuti peristiwa pada 5 Mei depan sempena pilihan raya umum ke-13.

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata perisytiharan cuti itu dibuat bagi memudahkan kakitangan awam, swasta serta rakyat negeri ini mengundi pada hari itu.

"Mereka tidak perlu lagi memohon cuti atau keluar sementara untuk mengundi," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Kota Darulnaim di sini, Rabu.

Beliau berkata kerajaan negeri membuat keputusan itu kerana Ahad adalah hari bekerja di negeri ini. -BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan