PRU-13: DAP Tanding 20 Kerusi, Hanya Umum 19 Calon di Johor

Diterbitkan: Rabu, 17 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Penasihat DAP Lim Kit Siang pada Rabu mengumumkan calon-calon parti itu bagi enam kerusi Parlimen dan 14 bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor bagi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

DAP, katanya, akan mengetegahkan 10 muka bagi kerusi DUN dan seorang muka baru bagi kerusi Parlimen.

Kit Siang yang akan bertanding di Parlimen Gelang Patah juga berkata, DAP juga akan mengetengahkan seorang calon Melayu, Mahdzir Ibrahim sebagai calonnya di Parlimen Tanjung Piai.

"Senarai calon-calon kita adalah bersesuaian untuk mencetuskan tsunami politik di negeri Johor dan Malaysia keseluruhannya. Ini (calon-calon DAP) akan menyambung tsunami politik yang terhenti lima tahun lepas," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena majlis pengumuman senarai nama calon Parlimen dan DUN DAP Johor di sini. Turut hadir Pengerusi DAP Johor Dr Boo Cheng Hau.

Dr Boo yang akan mempertahankan kerusi DUN Skudai berkata, parti tersebut yakin akan memenangi sekurang-kurangnya satu daripada enam kerusi parlimen dan separuh daripada 14 kerusi DUN yang ditandinginya.

"Pemilihan calon-calon adalah di atas perbincangan dengan semua pihak," menurutnya dan menambah, calon parti bagi kerusi Parlimen Labis akan diumumkan secepat mungkin.

Di antara nama-nama besar pemimpin DAP selain beliau sendiri yang akan bertanding di Johor kali ini, ialah pakar strategi DAP, Liew Chin Tong yang akan bertanding di Parlimen Kluang dan Teo Nie Ching (Kulai).

Liew sebelum ini bertanding di Bukit Bendera manakala Teo di Serdang.

Sementara itu Mahdzir, 37, yang ditemui berkata, beliau merupakan penyelaras kepada buletin dalaman DAP, Roketkini bersama anggota jawatankuasa pusat parti, Zairil Khir Johari.

Mahdzir yang berasal dari Semerah, Batu Pahat mula menyertai DAP pada 2011 selepas menamatkan pengajian luar kampusnya di dalam bidang pengurusan perniagaan di Universiti Malaya.

Selepas tamat pengajian, Mahdzir bertugas sebagai pegawai belia dengan kerajaan negeri Pakatan Rakyat (PR) di Selangor. Di dalam DAP pula, beliau memegang jawatan sebagai anggota jawatankuasa Pemuda Sosialis DAP Kebangsaan (DAPSY).

Beliau juga menafikan DAP sebagai sebuah parti yang "anti Melayu" dan "anti Islam" sebagaimana yang sering didakwa pihak penentang parti itu.

Ditanya mengenai peluangnya untuk memenangi kerusi Tanjung Piai itu, beliau berkata, pengundi Melayu sebenarnya boleh menerima DAP jika diberikan penerangan yang jelas tentang perjuangan parti itu.

Berikut adalah senarai calon-calon DAP bagi kerusi Parlimen dan DUN negeri Johor.

PARLIMEN

P.142 Labis akan diumumkan kemudian

P.145 Bakri Er Teck Hwa

P.152 Kluang Liew Ching Tong

P.162 Gelang Patah Lim Kit Siang

P.163 Kulai Teo Nie Ching

P.165 Tanjung Piai Mahdzir Ibrahim (muka baru)

DEWAN UNDANGAN NEGERI - N02. Jementah Tan Chen Choon

N06. Bekok Lim Eng Guan (muka baru)

N10. Tangkak Ee Chin Li (muka baru)

N12. Bentayan Chua Wee Beng (muka baru)

N19. Yong Peng Chew Peck Choo

N23. Penggaram Gan Peck Cheng

N28. Mengkibol Tan Hong Pin (muka baru)

N30. Paloh R.Shanker (muka baru)

N42. Johor Jaya Liow Cai Tung (muka baru)

N45. Stulang Chen Kah Eng (muka baru)

N46. Pengkalan Rinting Cheo Yee How (muka baru)

N48. Skudai Dr Boo Cheng Hau

N52. Senai Wong Shu Qi (muka baru)

N55. Pekan Nenas Yeo Tung Siong (muka baru) -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan