Penamaan Calon Tinggal 3 Hari, Agihan Kerusi Pembangkang Belum Selesai

Diterbitkan: Rabu, 17 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penamaan calon tinggal tiga hari lagi, namun parti pakatan pembangkang masih belum mencapai kata sepakat mengenai isu agihan kerusi di beberapa kawasan menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), 5 Mei ini.

Malah anggota Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR) R.Sivarasa mengakui masalah tersebut dan berkata pakatan pembangkang akan cuba memuktamadkan sebelum hari penamaan calon Sabtu ini.

"Kalau boleh kita tidak mahu ada pertembungan tiga penjuru," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR di sini, Rabu.

Pakatan pembangkang yang terdiri daripada PAS, PKR dan DAP menghadapi masalah perebutan kerusi di beberapa kawasan di Perlis, Pulau Pinang, Johor, Labuan dan Negeri Sembilan.

Di Perlis, perebutan kerusi Parlimen Kangar menyaksikan pertembungan antara calon PKR Mufti Perlis Dr Juanda Jaya dan PAS yang mencalonkan anggota Jawatankuasa Perhubungan negerinya, Baharuddin Ahmad.

Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Acheh, Pulau Pinang pula menyaksikan pertindihan calon pakatan pembangkang yang melibatkan Penyelaras Kebangsaan Solidariti Anak Muda Malaysia Badrul Hisham Shahrin yang bertanding atas tiket PKR, dan Ketua Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang, Yusni Md Piah.

Manakala DUN Johor Jaya, Johor melibatkan Pengarah Biro Guaman PKR negeri Jimmy Puah Wee Tse (PKR) dan Penolong Setiausaha Publisiti Pemuda DAP, Liow Cai Tung (DAP).

Begitu juga di Parlimen Labuan yang menyaksikan PKR meletakkan calonnya Tan Sri Ibrahim Menudin manakala PAS pula mencalonkan Ketua Penerangan PAS Kawasan Labuan, Hadnan Mohamad.

Pakatan pembangkang juga telah menangguhkan pengumuman senarai penuh calon mereka di Negeri Sembilan sebanyak dua kali iaitu pada Sabtu dan Selasa lepas kerana dipercayai mempunyai masalah dalam pemilihan calon.

Selain itu, DUN Semenyih pula bakal menyaksikan pertandingan tiga penjuru di antara calon Barisan Nasional (BN), Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan PKR. Pengerusi PSM, Dr Mohd Nasir Hashim. yang juga penyandang kerusi DUN Kota Damansara, mengesahkan Setiausaha Agungnya S. Arutchelvan akan bertanding di kerusi DUN Semenyih menggunakan lambang parti itu sendiri.

Sivarasa, yang merupakan penyandang kerusi Parlimen Subang, ketika mengulas mengenai perebutan kerusi DUN Kota Damansara dan Parlimen Sungai Siput yang dimenangi PSM pada 2008, berkata PSM telah bersetuju menggunakan lambang PKR untuk PRU13 di dua kawasan tersebut.

"Kota Damansara dan Sungai Siput adalah kerusi PKR, tetapi kali ini sekali lagi kita beri kepada PSM untuk bertanding, tetapi dengan syarat menggunakan logo PKR dan mereka telah bersetuju menggunakannya kecuali di Semenyih. Lagipun, dari kajian yang kita lakukan logo PSM tidak terkenal di kalangan rakyat berbanding PKR," katanya.

DUN Semenyih pada pilihan raya umum 2008 menyaksikan Johan Abd Aziz daripada BN menewaskan Arutchelvan dengan majoriti 1,140 undi.

Sementara itu, masalah pencalonan parti pembangkang bukan sahaja di antara parti tetapi juga berlaku di dalam parti.

Mesyuarat jawatankuasa pilihan raya PKR di sini semalam juga turut dilaporkan agak panas berikutan tidak dapat mencapai konsensus mengenai barisan calon parti itu di Pahang, Perak dan Selangor.-BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan