MAS Tawar Tambang Istimewa Sempena PRU-13

Diterbitkan: Rabu, 17 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines (MAS) menawarkan tambang istimewa kepada rakyat Malaysia untuk terbang pulang bagi mengundi pada 5 Mei di dalam Pilihan raya Umum ke-13 (PRU-13) ini.

Dalam satu kenyataan, MAS berkata tempahan bagi kelas perniagaan dan ekonomi boleh dilakukan mulai Rabu sehingga 26 April bagi perjalanan dari 18 April hingga 30 November tahun ini, sebagai sebahagian daripada tambang istimewa PRU-13 itu.

Katanya tambang kelas ekonomi yang merangkumi kesemua bayaran dari Kuala Lumpur ke Alor Setar, Pulau Pinang, Terengganu, Kuantan, Kota Baharu, Johor Baharu dan Langkawi bermula dari RM130 manakala tambang pulang yang merangkumi kesemua bayaran bermula dari RM713.

Sementara itu, MAS berkata tambang pulang yang merangkumi kesemua bayaran dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu, Labuan, Tawau, Miri, Sibu, Sandakan, Bintulu dan Kuching bagi kelas ekonomi atau perniagaan masing-masing bermula serendah RM300 dan RM1,713.

MAS berkata rakyat Malaysia juga boleh terbang dari Kuching ke Kota Kinabalu, Miri, Bintulu atau Sibu dari serendah RM76, yang merangkumi kesemua bayaran tambang pulang pada kelas ekonomi dan dari RM1,513 bagi kelas perniagaan.

Katanya penerbangan dari Kota Kinabalu ke Tawau, Labuan dan Sandakan bermula dari RM136 yang merangkumi kesemua tambang pulang dan dari RM1,713 bagi kelas perniagaan.

Bagi penumpang yang menempah penerbangan antara 27 April dan 12 Mei tetapi mahu menangguhkan perjalanan masing-masing bagi PRU-13, MAS akan mengetepikan caj penalti dan melanjutkan tempoh perjalanan masing-masing sehingga 31 Julai tahun ini.

"Kamungkinan kami adalah syarikat penerbangan tunggal yang membenarkan para penumpang menyemak semula pelan perjalanan masing-masing bagi PRU.

"Dengan pengenalan tambang istimewa dan dasar bagasi kabin, para penumpang boleh merancang dengan mudah perjalanan sehari untuk pulang bagi mengundi," kata Ketua Pegawai Eksekutif Ahmad Jauhari Yahya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan